Langkau ke kandungan utama

Serum C+E mencerahkan kulit kusam, menganjalkan kulit dan melindungi kulit anda

Hanya 4 minggu pemakaiannya, kulit kelihatan kembali tegang, berseri, garis halus berkurangan!

Rahsia kulit kembali lembut, licin, halus, cerah serta anjal adalah dengan pemakaian serum.

Apa itu serum?

Serum adalah salah satu produk penjagaan wajah biasanya lebih cair daripada pelembap, mengandungi bahan aktif yang berkuasa tinggi bagi merawat isu spesifik pada kulit seperti penuaan, kulit yang kering dan dehydrated, jeragat ataupun isu lain 

Ia terdiri daripada molekul yang halus, amat mudah tersejat dalam udara. Pemakaian serum hanya 2 kali sehari, pagi dan malam, dan serum ini dicipta untuk masuk ke dalam dermis kulit kita, iaitu lapisan kulit yang kedua. Sapuan serum ke kulit perlu lembut-lembut, seolah mengusap kulit sahaja, sama seperti kita menyentuh kain sutera. Begitulah cara membelai wajah dengan serum!

Siapakah yang boleh memakai serum?

Asalkan usia anda 18 tahun dan ke atas, tiada masalah jika anda mahu memakai serum.

Di Mary Kay, anda dapat memanjakan diri dengan mencuba pelbagai serum, khas untuk mengatasi apa jua isu kulit yang anda hadapi.

Terkini, dan baru dilancarkan pada bulan Januari 2021 ini, Mary Kay menghasilkan Replenishing Serum C+E, serum yang mengandungi bukan 1 tapi 2 vitamin yang sememangnya amat potent dalam produk anti-penuaan.

Replenishing Serum C+E


Serum C sahaja sudah bagus, malah sudah bertahun-tahun saya menggunakannya, tetapi serum ini, yang mengandungi dua vitamin ini, lebih superb dan awesome.

Pemakaian serum ini setiap hari akan menghasilkan kulit yang lebih tegang, cerah dan sihat berseri.

Vitamin E iaitu sejenis antioksida penting yang berkuasa dalam melindungi kulit dari penuaan dini semakin merosot ketika menentang radikal bebas. Apabila digandingkan dengan Vitamin C, kuasa menentang radikal bebas kembali bertenaga. Kuasa dua antioksida dalam Replenishing Serum C+E ini digunakan bagi membekalkan kebaikan yang lebih lagi untuk kulit anda.

Apa ada dalam botol warna pink ini?

1. Vitamin C tulin dan Vitamin E.

2. Ekstrak buah amla (Phyllanthus embilica extract) - sejenis superfruit.

3. Vitamin C larut minyak - untuk penyerapan lebih mantap lagi

Soal-jawap Replenishing Serum C+E.

1. Kulit saya jenis sensitif. Sesuaikah dengan kulit saya?

Ya, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

2. Kulit saya jenis mudah berjerawat. Sesuaikah dengan saya?

Pakai serum ini selepas jerawat anda kering. Semasa tiada jerawat, pakailah serum ini. Bila ada jerawat, hanya sapu serum di kawasan tiada jerawat. Serum ini tidak komedogenik, ia tidak menyebabkan jerawat.

Untuk order directly, sila tekan Link

Untuk berbincang, sila hubungi saya. 

Hasnah | Mary Kay Ind. Beauty Consultant



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...