Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Tips aturan memakai produk skincare

Kita dah beli banyak produk muka. Penjual dah jelaskan semua produk itu penting jika kita nak kan kulit yang sihat dan cantik. Banyak kena pakai, wang pun sudah banyak dilaburkan. Kita excited nak mula jaga muka. Soalannya sekarang, apa yang perlu dipakai dahulu? Bermulalah dari bahagian mata. Pastikan mekap mata dibersihkan dengan pembersih kulit keliling mata yang khas. Elakkan dari menyapu minyak di bahagian keliling mata. Mengapa? Minyak akan menyumbat pori keliling mata. Dan amat bahaya sekiranya minyak termasuk mata. Kesihatan mata anda akan terjejas jika amalan membersihkan kulit keliling mata diteruskan. Jadi, berhati-hatilah dengan kawasan keliling mata. Jangan guna pembersih yang mengandungi alkohol kerana alkohol akan menyebabkan kulit keliling mata menjadi kering. Apa akan berlaku jika bahagian mata menjadi kering? Kulit akan mengelupas dan mula pedih. Kulit akan kelihatan merah-merah dan kita akan berasa kurang selesa. Perlukah kita cuci bahagian keliling mata sedangkan ki

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj