Langkau ke kandungan utama

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.



Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita.

Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:-

1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow)

2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit;

3. Memudarkan jeragat;

4. Menghaluskan liang pori;

5. Memudarkan parut jerawat;

6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah.


Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini.



Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol)

Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar.

Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit wajah yang nampak lebih muda, licin, halus, bercahaya serta bertenaga.

Apa itu Retinol?
Ia adalah derivatif vitamin A yang banyak digunakan bagi mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan, kesan gelap akibat banyak terdedah kepada matahari serta memudarkan jeragat. Ia antara salah satu retinoid. Retinoid adalah terma yang digunakan bagi semua derivative Vitamin A. 

Badan manusia menghasilkan vitamin A secara semulajadi bagi perkembangan sel yang sihat. 

Didapati vitamin A yang disapu ke kulit dapat meningkatkan kekuatan kulit dengan menghasilkan kolagen dan elastin secara semulajadi dan meningkatkan penggantian sel kulit. 

Tahukah anda seawal usia 20 tahun, anda sudah mengalami kekurangan 1% kolagen dan ia berterusan sehingga kita tiada lagi. Retinol dapat menyelamatkan keadaan itu. 

Retinoid terdapat dalam 3 kepekatan seperti berikut:-

  • Retin A sejenis asid retinoik yang pekat, sudah berada dalam keadaan aktif, hanya boleh diperolehi menerusi preskripsi doktor
  • Retinoid adalah sejenis asid retinoik yang pekat juga, dan sudah berada dalam keadaan aktif, selalunya memberi reaksi lebih agresif kepada kulit, boleh dibeli oleh orang umum, juga digunakan di klinik dan spa kecantikan
  • Retinol adalah derivatif Vitamin A yang lebih lembut, dalam keadaan tidak aktif, menjadi aktif selepas dipakai ke kulit. Ia bertukar kepada asid retinoid selepas bercampur dengan sel kulit, lebih mudah disesuaikan dengan kulit manusia, sesuai digunakan di rumah seperti Clinical Solutions Retinol 0.5 keluaran Mary Kay ini.
Mary Kay Chief Scientific Officer, Ms Lucy Gildea Ph.D berkata Retinol dianggap asas kepada kulit awet muda. Ujian klinikal ke atas retinol sudah dijalankan selama 3 dekad bagi membuktikan keberkesanannya. 

Bagaimana Retinol bekerja?

Retinol dapat menggerakkan sel kulit bergantian lebih pantas supaya sel kulit yang baru dapat dihasilkan. Proses ini akan menjadikan kulit lebih licin dan warnanya lebih sekata. 

Retinol meningkatkan penghasilan asid hyaluronik dalam kulit. Asid inilah yang menyebabkan kulit kelihatan lembap dan subur, menggalakkan penghasilan kolagen dan menghalang kerosakan kepada kolagen sedia ada.

Retinol dalam produk anti-penuaan

Retinol dapat mengurangkan kesan garis halus dan kedutan, membaiki kesan kerosakan akibat matahari serta memudarkan jeragat. Ketiga-ketiga kesan ini adalah kesan penuaan pada kulit manusia.

Bagaimana Retinol membetulkan semua kesan yang dinyatakan di atas?

Tahukah anda mengapa kedutan halus dan kasar terjadi? Ia adalah disebabkan oleh penghasilan kolagen yang semakin sedikit apabila usia kita meningkat. Kolagenlah yang menyebabkan kulit kita kelihatan licin dan halus.

Retinol akan mengurangkan kesan kedutan dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit, maka penghasilan kolagen akan bertambah. Proses ini akan menebalkan lapisan dalam kulit dan kesan kedutan pun menjadi kurang ketara! Hasilnya kulit lebih licin dan nampak lebih muda.

Bagaimana Retinol membaiki kerosakan kulit akibat matahari?

Retinol menggalakkan penggantian sel kulit dengan cepat jadi sel kulit yang rosak tersingkir dengan segera.

Bagaimana Retinol dapat mencerahkan kulit kusam.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit kelihatan kusam. Retinol dapat membantu menenangkan sel kulit yang menghasilkan melanin, iaitu pigmen barwarna gelap pada kulit manusia. Sel inilah yang menyebabkan melasma, iaitu warna berbelak terang dan gelap pada kulit. Retinol menggalakkan penggantian sel kulit secara aktif, dan kulit menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih cerah.

Begitu hebat kesan Retinol ini pada kulit namun anda perlu tahu juga satu dua perkara yang menjadi pantang-larang dalam pemakaian Retinol.

  • Pertama, anda perlu memakai Retinol ini hanya pada waktu malam.
  • Kedua, anda perlu sentiasa memakai Krim SPF di siang hari kerana Retinol akan menjadikan kulit anda lebih sensitif pada sinar matahari. 
  • Ketiga, anda ada pilihan untuk terus memakai Retinol dan menjadikannya sebahagian rutin skincare anda.
Susunan memasukkan retinol ke dalam rutin harian penjagaan kulit. 

*Pada sebelah malam*
Pembersihan kulit | Menyapu Toner | Menyapu Krim Mata ke kelopak mata | Serum atau serum-serum | Retinol | Facial Milk | Pelembap | Tidur secukupnya. 

*Pada sebelah siang*
Pembersihan kulit | Menyapu Toner | Menyapu Krim Mata ke kelopak mata | Serum atau serum-serum  | Facial Milk (optional) | Pelembap | Suncare | Mekap

Saya dah cuba, anda bila lagi?

Dermatologists’ Council Seal

In developing the Mary Kay Clinical Solutions™ line of products, Mary Kay went above and beyond the normal process of safety testing and claims review, providing behind-the-scenes access to an external advisory panel of U.S. board-certified dermatologists to help validate the formula and ingredients. The panel includes dermatologists selected for their extensive skin care expertise, scholarship and professional practice. The panel conducted a thorough review and evaluation of clinical tests, data and/or scientific support for the formula and ingredients.


Testimoni



  • Lines di dahi sebelum ini, sudah licin.
  • Lines tepi hidung sebelum ini, sudah kurang dalam.
  • Lines di kening sebelum ini, sudah kurang ketara.
  • Lines tepi mata sebelum ini, sudah licin.
  • Parut lekuk akibat jerawat, sudah semakin rata.
  • Kulit semakin licin dan halus.
  • Tona kulit semakin cerah.
  • Jeragat semakin pudar.

Untuk order, sila hubungi saya ataupun beauty consultant anda. Untuk order directly, sila tekan LINK ini.

Hasnah

Mary Kay Independent Beauty Consultant


   




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...