Langkau ke kandungan utama

Tips aturan memakai produk skincare

Kita dah beli banyak produk muka. Penjual dah jelaskan semua produk itu penting jika kita nak kan kulit yang sihat dan cantik. Banyak kena pakai, wang pun sudah banyak dilaburkan.

Kita excited nak mula jaga muka.



Soalannya sekarang, apa yang perlu dipakai dahulu?

Bermulalah dari bahagian mata.

Pastikan mekap mata dibersihkan dengan pembersih kulit keliling mata yang khas. Elakkan dari menyapu minyak di bahagian keliling mata.

Mengapa? Minyak akan menyumbat pori keliling mata. Dan amat bahaya sekiranya minyak termasuk mata. Kesihatan mata anda akan terjejas jika amalan membersihkan kulit keliling mata diteruskan. Jadi, berhati-hatilah dengan kawasan keliling mata. Jangan guna pembersih yang mengandungi alkohol kerana alkohol akan menyebabkan kulit keliling mata menjadi kering.

Apa akan berlaku jika bahagian mata menjadi kering? Kulit akan mengelupas dan mula pedih. Kulit akan kelihatan merah-merah dan kita akan berasa kurang selesa.

Perlukah kita cuci bahagian keliling mata sedangkan kita tidak bermekap pun? Perlu. Kerana tanpa mekap, kotoran seperti debu dan habuk akan terus melekat pada kulit. Ini lebih bahaya. Apabila kita menyapu sedikit eyeshadow pada keliling mata, sekurang-kurangnya habuk dan debu melekat pada eyeshadow!



Sila klik LINK untuk mengenali pembersih keliling mata dari Mary Kay.

Selepas cucian keliling mata, cucilah mekap dan bahagian muka yang lain. Anda ada pilihan samada mahu menggunakan Micellar Water ataupun tidak.

Kebaikan membersihkan mekap wajah dengan Micellar Water. Sila klik LINK untuk mengenali Micellar Water dari Mary Kay.


Mekap dapat dibersihkan dengan lembut, tanpa perlu menekan dan menggonyoh kulit wajah. Tindakan kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kulit lekas kendur.

Untuk mempelajari cara betul cuci wajah, saya menyediakan kelas-kelas penjagaan wajah samada virtual ataupun secara berdepan.

Seterusnya cucilah wajah dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit wajah anda. Sila klik Link untuk menganalisis jenis dan keadaan kulit anda. Analisis secara virtual ini saya sediakan secara percuma saja

Sila klik LINK untuk mengetahui jenis-jenis pencuci wajah yang ada di Mary Kay. Untuk lebih tepat lagi, silalah berhubung dengan saya. Saya sudi bantu anda memilih pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit dan bajet anda.

Selepas cucian wajah selama seminit, anda bolehlah pergi ke langkah seterusnya.

Tapi sebelum itu, izinkan saya perkenalkan berus wajah Mary Kay yang hot-selling itu, Skinvigorate Sonic. Berus wajah ini dapat membersihkan wajah hingga 4 kali ganda lebih bersih berbanding cucian dengan jari. Sila klik LINK untuk mengetahui kehebatan berus wajah Skinvigorate ini ya!

Baiklah, selepas wajah dibersihkan, anda bolehlah menyapu krim mata dan seterusnya menyapu toner atau perapi ke seluruh wajah kecuali bahagian mata dan bibir. 

Fungsi toner adalah untuk membersihkan klorin dari wajah anda. Pilihkan toner yang tiada kandungan alkohol bagi memelihara keseimbangan sebum dan kelembapan pada kulit wajah anda. Toner yang beralkohol akan menyebabkan kulit wajah anda pedih dan akan mengeringkan kulit anda. Sebaiknya sapu toner menggunakan kapas.

Langkah seterusnya adalah menyapu serum. Serum adalah produk wajah yang lebih spesifik dalam rawatan wajah. Pilihlah serum yang sesuai dengan skingoal anda. Apakah skingoal anda?

  • Mahukan kulit yang lebih cerah?
  • Mahukan kulit yang lebih lembap?
  • Mahukan kulit yang lebih licin?
  • Mahukan kulit yang lebih anjal?
  • Mahu pudarkan jeragat?

Gunalah serum yang sesuai. Saya boleh pilihkan serum yang sesuai untuk anda. Sila hubungi saya untuk skin consultation.

Selepas sapuan serum, sila sapu pelembap ke seluruh wajah anda. Pelembap mempunyai sekurang-kurangnya 2 fungsi utama kepada kulit anda. Pertama untuk melembap permukaan kulit wajah anda. Kedua untuk melindungi serum dari diserap ke dalam udara.

Ramai yang mengabaikan pemakaian pelembap. Pelembap antara skincare utama yang perlu anda pakai sentiasa. Jika tidak, kulit anda akan kehilangan kelembapan dan akan berlaku kekeringan pada wajah. Kulit yang tidak dipakaikan pelembap akan menjadi lebih berminyak pada permukaannya dan dehydrated di sebelah dalamnya.

Jangan lupa sentiasa sapu krim SPF walaupun anda hanya berada di rumah. Sinar UV yang bahaya itu dapat menembusi tingkap kaca di rumah dan kereta kita. Lagipun sinar UV tetap dikeluarkan oleh pekakas elektronik dalam rumah.

Krim SPF larut dalam air. Jadi, jika anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, anda perlu menyapu semula Krim SPF ini ke kulit.

Krim SPF akan dapat mengurangkan risiko kanser kulit, jeragat dan kebakaran kulit.

Setiap 2 kali seminggu, pakaikan masker ke kulit bagi cucian kulit yang lebih mendalam. Terdapat beberapa jenis masker dari Mary Kay yang sesuai untuk anda gunakan bergantung kepada skingoal anda. Sila klik Link tentang 5 jenis masker Mary Kay.

Bagi anda yang lebih gemar menonton demo ataupun tutorial cuci wajah, anda bolehlah hadir ke virtual skincare party yang saya adakan setiap bulan. 

Silalah berhubung dengan saya sekiranya anda berminat ya!

Hasnah | Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Boleh juga hubungi saya di sini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask. 1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut. Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja. 2. Bilas hingga bersih menggunakan air paip dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut. 3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Elakkan bahagian mata dan mulut. Sekiranya terdapat masalah blackhead dan whitehead atau jerawat yang teruk, anda boleh memakai masker di kawasan tersebut setiap malam selama 10 minit.  Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka. Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa. 4. Bilas masker hingga bersi...

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama. Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis. Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah. Sumber: Teach Me Anatomy Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan. Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak. Sumber: Teach Me Anatomy Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan...

Skincare untuk wanita usia 40 tahun dan ke atas

Timewise Repair adalah satu-satunya rangkaian produk penjagaan wajah bagi mengatasi isu penuaan yang sudah nampak ketara. Fungsi utamanya adalah merawat kesan penuaan ketara dengan menyingkirkan sel kulit mati, melicinkan kulit, menghidratkan kulit serta mengurangkan kesan garis halus dan kasar. Penuaan berlaku dengan cepat apabila kita banyak terdedah kepada sinar UV. Sinar UV menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar, warna kulit menjadi lebih gelap, lama-kelaman kulit menjadi kendur kerana berlaku kerosakan pada kolagen dan elastin yang berada dalam dermis kulit. Penghasilan sel kulit baru berlaku pada kadar yang lebih perlahan. Kulit menjadi nipis apabila lapisan sel kulit menjadi semakin nipis. Atas sebab-sebab ini, maka skincare untuk kulit yang sudah menampakkan kesan-kesan penuaan, perlu menukar rangkaian produk biasa kepada rangkaian produk khas untuk kulit matang. Saya sarankan anda menggunakan produk Mary Kay Timewise Repair . Sesuai dengan namany...