Langkau ke kandungan utama

Tips memilih serum untuk beginner

Perlukah saya memakai serum padahal usia saya baru 20an.

Ya, pengurangan kolagen badan bermula seawal usia dalam lingkungan 20an. Dan proses penuaan bermula pada pertengahan 20an. 

Serum yang dimasukkan ke dalam rutin harian penjagaan kulit akan dapat memberikan nutrient yang diperlukan dalam memantapkan kesihatan kulit.


Perlu diingat, kulit yang sihat akan memberikan anda wajah yang bersih, licin dan berkilau.


Pemilihan serum bergantung kepada skingoal individu. 

  • Apakah skin goal anda?
  • Adakah anda memiliki bajet?
  • Apakah lifestyle anda?


Jom kenali apakah Serum?

Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit. Ia adalah sejenis cecair yang mengandungi bahan kandungan yang berkuasa tinggi (active ingredients) yang dapat tembus hingga ke dermis iaitu lapisan kedua kulit. 

Antara isu kulit yang dapat diatasi dengan bantuan serum adalah isu berkaitan kolagen dan elastin, seperti penuaan, kekeringan, penyusutan kolagen, akne dan jeragat. Hampir semua serum Mary Kay berasaskan air. Serum Mary Kay sesuai dipakai pada kulit jenis kering, berminyak, normal dan kombinasi.

Aturan memakai Serum.

Sapu serum lembut-lembut ke seluruh wajah kecuali bahagian mata dan mulut selepas toner dan sebelum pelembap

Bilakah waktu yang sesuai memakai serum?

2 kali sehari, sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah malam.

Apakah usia yang sesuai memakai serum?

Seawal 20 tahun.

Apakah jenis serum yang terdapat di Mary Kay?



  1. Serum LumiVie untuk memudarkan jeragat dan cela gelap pada kulit wajah.
  2. Serum Replenishing Serum C+E untuk membekalkan anti-oksida kepada kulit. 
  3. Serum Timewise Repair Advance Lifting untuk menghidratkan kulit dari dalam dermis.
  4. Serum Pore Minimizer untuk menghaluskan liang pori yang ketara akibat peningkatan usia. 
  5. TWR Wrinkle Filler, sejenis serum khas untuk memperbaiki kedutan kasar di wajah.

Tips memilih serum

Pastikan anda tahu apa yang #skin goal anda. Apakah yang anda inginkan untuk kulit anda?

1. Memudarkan jeragat, parut gelap, atau mencerahkan kulit?

2. Menganjalkan kulit?

3. Mengurangkan kesan penuaan?

4. Menghaluskan liang pori dan menyamarkan parut lekuk?

Berapakah bajet anda?

Untuk mendapatkan serum yang berkualiti, anda harus ready menyediakan ongkosnya. Boleh hubungi saya untuk mengetahui harga serum-serum Mary Kay.

Apakah lifestyle anda?

Lifestyle atau gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menentukan jenis serum yang diperlukan oleh kulit anda.

Bagi orang yang sibuk dengan kehidupannya, serum yang saya cadangkan adalah Replenishing serum C+ E kerana ia mengandungi anti-oksida yang dapat melawan proses pengoksidaan yang merosakkan kulit secara umumnya.

Akhir kalam, sedikit nasihat untuk para beginner, bermulalah dengan satu serum dahulu, kemudian tambah serum kedua dan seterusnya. Tidak perlu rushing ya!


Silalah hubungi saya jika anda memerlukan penjelasan lanjut.

Tekan Hasnah jika anda ingin berbincang dahulu dengan saya.

Tekan sini untuk order sendiri.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...