Langkau ke kandungan utama

Kenali CC Cream Mary Kay

 



CC Cream dan foundation adalah bedak asas yang berpigment, yakni berwarna, sama ada sheer (jarang) ataupun opaque (tebal atau full-coverage).

Kedua-duanya mempunyai warna yang hampir sama dengan tona kulit manusia. Ia boleh dipakaikan ke mana-mana bahagian berkulit seperti kulit wajah, leher, dada serta tangan.

CC Cream yang berwarna jarang (sheer), tidak dapat menutup cela yang ketara pada kulit walaupun memakainya dengan tebal. 





Dalam sesetengah bahan bacaan, anda akan dapati ada yang menyebut yang CC Cream adalah sejenis tinted moisturizer. Ini mungkin kerana sifat CC Cream yang turut dapat melembapkan permukaan kulit. Sebagai contoh CC Cream Mary Kay dapat melembapkan kulit sepanjang pemakaiannya ke kulit kita, jadi tidak salah jika kita menggunakan CC Cream dalam membantu melembapkan kulit.

Sekiranya anda mahu menutup cela yang ketara, anda boleh memakai Concealer.

CC Cream ini amat selesa pada kulit, ringan dan tidak merosakkan kesihatan kulit. Malah ia mempunyai sifat melindungi kulit.

Sebagai contoh, CC Cream dan concealer dapat menghalang habuk dan debu dari memasuki liang pori kulit,

Dan pakailah CC Cream setiap hari, kerana setiap hari kulit kita 'diserang' oleh habuk dan debu halus yang berada dalam udara.

Pemakaian CC Cream amat mudah.

Hanya sapu dan ratakan ke kulit selepas pelembap & Sun Screen. Bedak asas ini mudah diratakan ke kulit, tidak berketul. Anda boleh ratakan bedak ini dengan jari ataupun dengan berus, atau blending sponge/brush mengikut kesesuaian anda.

Untuk kemasan yang lebih on point, sapulah bedak serbuk ke wajah selepas memakai bedak cair.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya ya!

Hasnah

Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...