Langkau ke kandungan utama

Lumivie Skin Care products pudarkan jeragat kulit wajah

 Penyebab jeragat & warna kulit tidak sekata.

Jeragat adalah kesan gelap yang bertompok, dapat dilihat pada kulit wajah dan biasanya ia ketara pada bahagian tulang pipi, iaitu pada bahagian muka  paling tinggi.

Selain faktor usia, punca utama jeragat adalah sinar matahari. Namun perubahan hormon, pengambilan sesetengah ubatan dan rawatan, bekas parut, pengambilan sesetengan produk wajah yang menipiskan kulit turut menyebabkan terjadinya jeragat.

Walaupun jeragat tidak bahaya kepada kesihatan, namun ia dapat menjejaskan daya keyakinan seseorang terutama apabila berhadapan dengan orang lain.   

Solusinya untuk memudarkan jeragat adalah dengan memakai produk kecantikan wajah Lumivie dari Mary Kay.

LumiVie Skin Care Range from Mary Kay

Mengapa Lumivie pilihan yang tepat?

Berasaskan mutiara hitam dari Lautan Tahiti, ia memiliki beberapa kebaikan, antaranya:-

  1. Kulit kelihatan lebih bersinar
  2. Kulit lebih lembut
  3. Kulit kelihatan lebih bertenaga
  4. Kulit lebih cerah dan kelihatan bersih
  5. Parut dan cela kelihatan samar
  6. Kulit kelihatan cerah dari dalam
  7. Kulit kelihatan lebih segar, lembap dan berkilau
  8. Kulit kelihatan lebih bermaya
  9. Keseluruhannya kulit kelihatan lebih elok. 
  10. Warna kulit lebih sekata.

Mutiara hitam (Hydrolyzed Pearl) membantu melindungi dan mencerahkan kulit serta meningkatkan tenaga kepada kulit. Hasilnya kulit kelihatan lebih bertenaga.

Kompleks Opti-Bright yang eksklusif itu dicipta bagi melawan beberapa penyebab warna kulit menjadi kusam dan tidak sekata.

Kulit lebih berkilau apabila kulit mendapat kelembapan secukupnya. Bahan ekstrak tumbuhan yang dikenali sebagai Samphire diadun bagi membolehkan saluran air dalam kulit meningkat.

Penggunaan set lengkap Lumivie ditambah dengan perlindungan dari sinar UV akan menghasilkan:-

  • Kulit lebih bersinar dan berkilau. 
  • Kulit kelihatan lebih sihat
  • Warna kulit lebih sekata
  • Kulit lebih lembut
  • Tiada lagi kekusaman pada wajah.

Bagi mendapatkan kesan hebat ini, anda disarankan menggunakan set lengkap sekurang-kurangnya 12 minggu. Penggunaan serum selama 21 hari dapat memberikan kesan positif kepada pengguna.

  • Sudah diuji oleh pakar dermatologi
  • Tidak menyumbat pori
  • Formulasi lembut sesuai dipakai oleh kulit jenis kering, kombinasi, normal dan berminyak.

Lumivie Foaming Cleanser

Lembut pada kulit, tidak mengeringkan kulit wajah, sedikit berbuih. Kulit terasa segar selepas dicuci. Kulit terasa begitu bersih selepas dibilas namun tiada rasa tegang dan kering.

Lumivie Essence Water

Toner yang melembapkan kulit wajah. Sapu ke seluruh wajah kecuali bahagian mata dan bibir. Kulit terasa lembap dan selesa apabila disentuh jari.

Black Sheet Mask

Black Sheet Mask mengandungi mutiara hitam dan arang Binchotan. Masker ini bukan masker biasa tetapi masker berprestasi tinggi yang dapat membangkitkan kebingkasan kulit, kulit kelihatan lebih sekata dan berkilau dari dalam.

Ia dapat mempercepatkan lagi proses memudarkan jeragat anda. Anda hanya perlu memakai sekeping seminggu selama 20 minit sahaja. Setiap keping mask ini mengandungi kuantiti serum sebanyak 25g menyamai dengan sebotol serum.

Lumivie Intensive Serum

Lumivie Intensive Serum mencerahkan kulit serta memudarkan jeragat. Pemakaian yang konsisten, sekali pagi dan sekali petang akan memberikan anda hasil ketara hanya selepas 3 minggu pemakaiannya.


Lumivie Moisturizing Cream

Pelembap melembapkan kulit dan dipakai siang dan malam.Kandungan mutiara hitam dalam pelembap ini dapat mempercepatkan lagi proses memudarkan jeragat anda. Sapulah pelembap ini setiap kali selepas anda membersihkan wajah.

Dan akhir sekali, jangan skip pemakaian sunscreen. Anda boleh mendapatkan Sun Care Mary Kay Mary Kay yang amat selesa dan ringan pada kulit!

Jom cuba hari ini juga.

Sila hubungi saya untuk mula bantu anda memudarkan jeragat anda!

Hasnah | Ind Beauty Consultant 

Mary Kay Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...