Langkau ke kandungan utama

Betis lenguh Mary Kay ada solusinya?

Mint Bliss Energizing Lotion

Banyak berdiri, berjalan dan berlari boleh menyebabkan kaki kelelahan. Apabila bahagian kaki terasa berat, segalanya terasa sukar. Jalan dan berdiri bagaikan satu bebanan.

Kembalikan kesegaran kaki anda dengan urutan lembut menggunakan Mint Bliss for Energizing Feet dari Mary Kay.

Losyen segar berbau daun pudina ini amat menyegarkan, memberikan rasa sejuk dingin ke kaki, boleh digunakan lelaki dan perempuan.

Ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, baik ibu-ibu yang sibuk menjaga hal ehwal rumah tangga dan anak-anak, kawan-kawan yang banyak berdiri, berjalan dan bergerak ke sana dan ke mari, atlet serta mereka yang gemar beriadah.

Guru-guru, doktor, jururawat, pekebun, petani, student dan sesiapa sahaja perlukan Mint Bliss ini untuk mendapatkan kesegaran dan kelegaan kepada kaki dan betis yang penat.

Sebenarnya anda boleh menggunakan Mint Bliss ini untuk melegakan rasa lenguh pada pinggang, tengkuk dan bahu juga.

Saiznya yang kecil muat diisi ke dalam beg tangan saiz sederhana, memudahkan kita sentiasa membawanya ke mana sahaja.

Sapu ke bahagian yang mudah lenguh pada bila-bila masa tidak perlu mandi dulu. Hanya perlu cari lokasi untuk duduk bagi merehatkan diri, dan ambil sedikit sahaja, sapu ke bahagian yang memerlukan.

Ia selamat digunakan.

Susah nak sapu sebab berstoking? Tak perlu buka stoking. Sapu je atas stoking/pantyhose anda. Mudah kan! Sapulah lagi sekiranya perlu.

Perlu mencari barang dari satu Mall ke satu Mall? Usah bimbang, Mint Bliss kan ada.

Sesuai dijadikan hadiah untuk ibu bapa yang memerlukan, kawan-kawan dan pasangan hidup anda. Harga pun tak mahal sangat!

Anda boleh mendapatkannya daripada saya dengan menekan Link ini!

Hasnah | Mary Kay Independent Beauty Consultant

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...