Langkau ke kandungan utama

Oil-Free Hydrating Gel pelembap tambahan yang mungkin diperlukan oleh kulit anda.


Oil Free Hydrating Gel ini adalah antara produk paling digemari di kalangan pengguna Mary Kay. Jika anda pening mendapatkan pelembap yang best, anda perlu cuba Oil Free Hydrating Gel ini. Ia amat lembut dan menjadikan kulit anda selesa sepanjang hari selepas memakainya. Ia akan melembapkan kulit selama 10 jam.

Adakah pelembap ini penting dalam penjagaan kulit?

Ya, amat penting. Pelembap diperlukan oleh kulit wajah bagi membekalkan kelembapan kepada kulit.

Oil Free Hydrating Gel adalah supplement untuk kulit, yakni tambahan pelembap.

Sesetengah kulit memerlukan tambahan kelembapan bagi meningkatkan kelembapan kulit. Kadang-kadang pelembap yang biasa dipakai itu tidak membekalkan cukup kelembapan kepada keperluan kulit. Apabila ini berlaku, Oil Free Hydrating Gel ini membantu meningkatkan kelembapan yang diperlukan oleh kulit anda.

Ia boleh dipakai sendirian dan boleh juga dipakai selepas sapuan pelembap ke wajah.

Faktor seperti suhu, cuaca, usia dan hormon dapat menyebabkan ketidakstabilan kepada keseimbangan kelembapan kulit. 

Pakar mencadangkan kelembapan yang optimum bagi semua jenis kulit supaya kulit kita kekal lembut, licin dan kelihatan segar.

Minyak (sebum) dan kelembapan kulit adalah 2 perkara berbeza. Baik kulit yang berminyak mahupun kulit yang kering boleh menjadi dehydrated juga. (Kekurangan lembapan).

Penggunaan Oil Free Hydrating Gel dapat menukar keadaan kulit anda dengan mengembalikan keseimbangan kelembapannya.

Antara kebaikan Oil Free Hydrating Gel termasuklah:-

1. Tidak berminyak dan tidak melekit, ringan dan selesa pada kulit
2. Tekstur gel dapat diserap pantas oleh kulit
3. Kulit terasa lega, sejuk dan segar
4. Dapat melembapkan kulit sehingga 10 jam.

Sekiranya kulit anda jenis normal dan berminyak serta kombinasi, Oil Free Hydrating Gel ini adalah sesuai untuk anda. Saya sendiri gemar menggunakan Oil Free Hydrating Gel ini apabila kulit kelihatan dehydrated.

Oil Free Hydrating Gel ini mengandungi Dimethicone yang bertindak sebagai Conditioner yang menjadikan kulit kelihatan lembut dan licin. Ia juga bertindak sebagai Emolien yang mengekalkan kelembutan dan kelicinan kulit.

Selain itu, Oil Free Hydrating Gel dari Mary Kay ini mengandungi ekstrak Teh Hijau yang kaya dengan anti-oksida. Kebaikan Teh Hijau ini membantu kulit menentang kesan buruk akibat radikal bebas yang terhasil dalam persekitaran manusia. Ia juga bertindak sebagai agen penenang yang dapat menenangkan kulit.

Oil Free Hydrating Gel ini sesuai dipakaikan kepada kulit yang sensitif. Ia sudah diuji secara klinikal ke atas keradangan dan alahan kepada kulit.

Tiada wangian ditambah ke dalam produk ini dan tidak mengandungi minyak. Ia tidak komedogenik jadi ia tidak menyumbat liang pori pada kulit wajah.

Oil Free Hydrating Gel ini boleh dipakai waktu siang dan dipakai sebelum masuk tidur.

Ia dapat melindungi kulit dari menjadi kekeringan akibat penggunaan penghawa dingin yang biasa dipakai dalam kereta, dalam pejabat malah sewaktu kita berada di rumah.

Selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, ia juga amat sesuai dijadikan base mekap supaya sapuan foundation lebih mudah, lebih licin dan mekap tahan lama.

Begitu banyak kebaikannya, anda boleh mendapatkannya daripada saya.

Aturan memakainya. Sapu selepas pemakaian pelembap. Atau pakai selepas sapuan toner. Diikuti dengan sunscreen di sebelah pagi. Jika dipakai sebelah malam, sapuan Oil Free Hydrating Gel adalah langkah terakhir sebelum tidur.

Anda hanya perlu tekan Link untuk mendapatkan maklumat lanjut atau order produk ya!

Ind. Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...