Langkau ke kandungan utama

Penjagaan kulit berasaskan tumbuhan Botanical Effects

Produk penjagaan kulit yang selamat, ringkas dan mudah digunakan, semestinyalah set Botanical EFfects keluaran Mary Kay.

Kesemua 4 item dalam rangkaian set skincare ini berasaskan ekstrak buah Luo Han Guo dan silymarin (Milk Thistle). 

Silymarin adalah sejenis anti-oksida yang berkuasa tinggi, membantu melindungi kulit dari dirosakkan oleh pencemaran dalam persekitaran sambil menenangkan dan melembutkan kulit.

Luo Han Guo mengandungi anti-oksida yang menggalakkan kesihatan kulit.

Bagi Formula 2 yang dicipta khas untuk kulit jenis normal, dilengkapi dengan tambahan ekstrak bunga teratai dan bunga kemboja. Kedua-dua bahan ini mengandungi anti-oksida juga. Bunga teratai dikatakan sumber yang kaya dengan bahan mineral untuk kesihatan kulit. Bunga kemboja diketahui memiliki kebaikan yang dapat menenangkan dan melegakan kulit. Anti-oksida bunga kemboja bantu melindungi kulit dari tekanan dalam persekitaran.

Jika anda orang yang menggemari cara mudah membelai kulit, dan hanya inginkan penjagaan yang asas sahaja, anda juga tidak kisah tentang isu penuaan, rangkaian produk ini sesuai dengan anda. Kini anda boleh mendapatkan kulit yang bersinar secara sihat, kesegaran kulit kini dicapai dengan penggunaan Botanical Set skincare!

Formulasi pencuci wajah yang tidak mengeringkan kulit ini dapat menanggalkan mekap dan membersihkan kotoran dengan lembut, kulit terasa bersih dan lembut. Kulit anda akan kelihatan lebih sihat

Masker memberikan cucian lebih mendalam kepada permukaan kulit dan kulit kelihatan lebih berseri. Ia mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan air sahaja. Ia dapat menyental (exfoliate) kulit dengan lembut.

Pelembap melembapkan permukaan kulit dan kulit terasa subur dan segar tanpa berasa melekit ataupun berminyak, Ia mudah diserap kulit dengan mudah dan pantas.

Toner memperbaiki tekstur kulit, menjadikannya lembut dan kelihatan matte. Ia tidak mengeringkan kulit malah membersihkan kulit dari saki baki kotoran yang masih tertinggal pada kulit selepas cucian. Penyerapan pelembap lebih efektif selepas sapuan toner.

Ciri-ciri yang terdapat pada rangkaian produk ini termasuklah:-

1, Tiada pewangi

2. Tiada bahan tiruan

3. Tiada minyak

4. Hypoallergenic

5. Tidak menyumbat pori

6. Sudah diuji oleh pakar dermatologi

7. Sudah diuji secara klinikal ke atas keradangan dan alahan

8. Sesuai untuk kulit sensitif.

Ini bermakna seandainya kulit anda sensitif, pemakaian produk penjagaan kulit ini tidak akan menyebabkan kulit anda bertambah sensitif, malah ia selamat untuk anda.


Hanya selepas seminggu memakai rangkaian produk ini, 90% pemakai menyatakan bahawa

  • kulit mereka berasa subur dan tidak lagi gersang
  • kulit lebih bertenaga
  • kulit terasa segar dan benar-benar bersih
  • kulit kelihatan lebih bagus dari sebelumnya
Anda kini berasa teruja untuk mencuba? Tekan Link untuk berhubung terus dengan saya!

Hasnah
Ind. Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...