Langkau ke kandungan utama

Clinical Solutions Boosters dari Mary Kay


Apakah Booster? Adakah ia serum? Bukan. Adakah ia pelembap? Bukan. Adakah ia perlu dipakai? Depends. 

First, jom kita teliti apakah masalah yang kita hadapi selepas bertahun-tahun memakai skincare. 
  • Kulit macam dah tak se-glowing dulu. 
  • Kulit nampak lesu dan kurang berseri
  • Skincare yang dipakai lambat nampak kesan
  • Rasanya macam dah perlukan lawatan dan rawatan ke spa kecantikan
  • Kulit macam dah lali dengan existing skincare. 
Jika anda menghadapi mana-mana isu di atas, mungkin anda perlu tambah Booster ke dalam rutin harian skincare anda. 

Pengenalan
Booster adalah sejenis penggalak dalam mengatasi suatu isu spesifik yang wujud pada kulit wajah. 

Booster adalah katalis atau pemangkin dalam rutin harian penjagaan kulit. Ia akan membantu serapan skincare ke dalam epidermis kulit dengan lebih cepat. Ia juga membantu serapan serum ke dalam dermis kulit dengan lebih efektif. Ini bermakna kebaikan skincare yang dipakai akan berganda lebih baik dari biasa.

Sebagai contoh, kulit mengalami isu kekeringan. Bagi mengatasinya, kita boleh gunakan booster bagi meningkatkan kelembapan kulit dengan pantas. 

Bagi isu sebegini, booster yang sesuai digunakan adalah HA + Ceramide Hydrator. 

Kandungan Asid Hyluronic setinggi 0.25%, seramida setinggi 0.01% dan ekstrak verbena officinalis sebanyak 1.5% dapat memberikan kelembapan kepada kulit yang mengalami isu kekeringan dan dehydration ini. 

Asid Hyluronic dan seramida adalah 2 bahan yang sememangnya wujud dalam kulit manusia secara semula jadi, namun kuantiti dalam kulit menurun dengan peningkatan usia

Jadi booster digunakan bagi meningkatkan kuantiti asid hyaluronic dan seramida ini dalam kulit kita. Hasilnya kulit menjadi lembap dari epidermis hingga ke dermis kulit kita. 

Apakah yang berlaku apabila kulit kekurangan asid Hyaluronic dan seramida ini? 

Kulit akan kekeringan, mengelupas, berasa pedih, ketat dan sakit apabila kita menggerakkan otot muka. Kulit yang kekeringan tidak dapat menyerap kebaikan yang ada dalam skincare biasa. 

Sapu selepas toner, kulit wajah terasa lembap serta-merta lebih lama!

Serum yang dipakai ke kulit selepas sapuan Booster akan meningkatkan lagi kelembapan pada bahagian dermis kulit anda. 

Booster ini sesuai dipakai oleh setiap jenis kulit iaitu kulit jenis normal, berminyak, kombinasi dan kering serta kulit yang mudah menjadi sensitif. Sudah tentu kulit yang dehydrated amat memerlukan booster ini.

Jika anda sedang mencari serum untuk meningkatkan kelembapan kulit anda, cubalah Timewise Repair Advance Lifting Serum yang dapat melembapkan kulit sebanyak 61% selepas sapuan pertama.




Booster C+ Resveratrol Line Reducer

Booster ini mengandungi 10% vitamin C tulin dan Resveratrol yang merupakan 2 jenis antioksida yang berkuasa tinggi. Kandungan 2 bahan ini cukup tinggi bagi memberikan kesan positif dalam mengurangkan ketaraan kesan penuaan pada kulit wajah.

Vitamin C mengandungi pelbagai kebaikan untuk kulit termasuklah;-

1) mencerahkan kulit kusam dan memudarkan jeragat.
2) mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan kasar dan halus yang terbit pada kulit wajah seperti di dahi, pangkal kening, tepi mulut dan hidung.
3) meratakan tona wajah secara amnya
4) menghidratkan kulit.

Resveratrol juga adalah sejenis antioksida dan ia dapat:-

1) melindungi kulit dari tekanan dalam persekitaran yang menghasilkan radikal bebas
2) menguatkan skin barrier 
3) memperlahankan proses penuaan dengan membentuk molekul kompleks yang dapat menghentikan kesan negatif radikal bebas.

Booster ini turut mengandungi Acetyl Hexapeptide-8 iaitu sejenis peptida khas membaiki kulit dan mengurangkan kedutan dengan menghalang otot berlipat dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Saya akan sambung dengan Booster Resurfacer untuk kurangkan parut dan Booster Brightener untuk pudarkan jeragat dalam artikel akan datang. 






Adakah ini yang anda perlukan? Boleh hubungi saya bagi mendapatkannya ya.





Dermatologists’ Council Validation

The Mary Kay Clinical Solutions® boosters feature dermocosmetic formulas that deliver both beauty and dermatological benefits. Whether you’re seeking a visible reduction of fine lines and wrinkles, enhanced hydration or just looking for a way to add more elevated ingredients into your skin care routine, these premium products have you covered.

Boosters akan dapat berfungsi dengan lebih baik apabila anda sudah melengkapkan 5 langkah asas dalam penjagaan kulit. Saya akan jelaskan lagi apa itu 5 langkah asas dalam penjagaan kulit di bawah.

Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat, seimbang kandungan minyak dan airnya, bersih dari kotoran yang berada dalam persekitaran kita, kita memerlukan 5 langkah ini:-

1. Pembersihan wajah harian
2. Pembersihan lebih mendalam 3 kali seminggu
3. Toner
4. Pelembap
5. Krim atau Losyen SPF

Boleh hubungi saya dengan menekan link pada nama saya bagi mendapatkannya.

Ind. Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia.

Jika anda berminat mendapatkannya sendiri secara online, silalah tekan link kedai online saya ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...