Langkau ke kandungan utama

What is skin purging? Apa itu skin purging?

Skin purging adalah suatu keadaan kulit yang tiba-tiba mengeluarkan ruam atau jerawat halus kemerah-merahan selepas memakai skincare baru, produk baru ataupun selepas melakukan facial samada di rumah ataupun di spa kecantikan. Anda mungkin mengalami sedikit rasa kurang selesa tetapi ini adalah keadaan sementara sahaja. Bergantung kepada kulit anda, skin purging akan berlaku selama 4 ke 8 minggu.

Image skincaregeeks.com


Adakah Skin Purging menandakan produk tidak sesuai dengan kulit saya?

Skin purging adalah satu tindakbalas kulit apabila berlaku peningkatan pada kadar penggantian sel kulit sihat dari bawah kulit naik ke permukaan kulit. Peningkatan sel kulit baru yang sihat ini menolak sel kulit mati lama, sebum (minyak) serta kotoran lain yang ada dari dalam liang pori naik ke permukaan kulit. Proses ini menyebabkan liang pori tersumbat dan menyebabkan kejadian ruam dan jerawat halus. 

https://versedskin.com/blogs/learn/what-is-skin-purging

Selepas proses purging, kulit akan menjadi lebih bersih. Teruskan penjagaan kulit dengan melakukan exfoliation 2 hingga 3 kali seminggu.


Adakah Skin Purging bagus ataupun tidak?

Walaupun Skin Purging menyebabkan kita tertanya-tanya akan kesesuaian produk, namun percayalah yang produk yang digunakan itu sebenarnya sedang bekerja seiring dengan tindakbalas semulajadi kulit. Jadi, teruskan pemakaian produk dengan konsisten. 


Skin purging menunjukkan terdapat tindakbalas sedang berlaku ke atas kulit anda dan ini adalah sesuatu yang positif. Skincare yang anda gunakan sedang bekerja. It’s working guys.


Apabila skin purging berlaku, apakah langkah yang perlu saya ambil?

Pertama, jangan panik. Anda boleh minta penjelasan daripada beauty consultant Mary Kay anda untuk langkah seterusnya. Jangan kasari kulit sewaktu proses purging berlaku.

Kedua, teruskan pemakaian produk seperti pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Hold dulu sebarang skincare yang mengandungi banyak bahan aktif seperti serum dan masker. Jangan menggunakan berus wajah dalam tempoh purging.

Walau apa pun yang berlaku, wajah perlu dicuci minimum 2 kali sehari kerana dalam tempoh 24 jam itu, sama ada kita berjaga ataupun tidur, badan kita mengeluarkan sebum dari dalam kulit, dan kita tidak dapat mengelak kulit kita dari dicemari kotoran dari luar. Jadi pastikan cucian wajah dilakukan dengan lembut.

Ketiga, pastikan kulit anda dilembapkan dengan pelembap minimum 2 kali sehari. Kelembapan kulit akan memastikan semua fungsi kulit dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Keempat, sentiasa memakai Sunscreen setiap hari bagi melindungi kulit anda.


Kelima, perhatikan samada kulit anda semakin bagus atau sebaliknya  

Selalunya kulit akan menjadi lebih licin dan halus selepas proses purging.

Basically, teruskan memakai skincare yang asas seperti berikut:-

1. Pencuci yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda

2. Memakai pelembap.

3. Memakai sunscreen.

4. Memakai foundation yang tidak menyumbat pori.

Mekap seperti foundation atau cc cream adalah pelindung ekstra kepada kulit anda. Jadi, teruskan memakai mekap asas ini ya.


Bilakah saya patut berhenti memakai sesuatu produk itu?

Apabila ruam dan jerawat halus bertambah teruk, jerawat halus bertambah kasar. Mintalah bantuan beauty consultant anda pantau keadaan anda.


Apa yang perlu adalah SABAR dan KONSISTEN, teruskan pemakaian skincare anda.


Recommended Mary Kay product dalam tempoh skin purging secara umumnya. Walau bagaimana pun anda dinasihatkan supaya berhubung dengan mana-mana beauty consultant yang terlatih bagi mendapatkan consultation yang tepat.




Sharing dan terjemahan

SSD Hasnah Daud

Independent Mary Kay Beauty Consultant.

Untuk membeli produk Mary Kay secara online, sila klik kedai online saya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...