Langkau ke kandungan utama

Collagen Mary Kay Daily

Apakah kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein berserat dan tidak larut, yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan kita, merupakan komponen utama dalam badan manusia. Jaringan kolagen ini adalah struktur asas dalam tisu penghubung, kulit, otot, tulang, tendon dan tulang rawan dalam badan kita. Bagi memudahkan kefahaman, kolagen ini semacam gam yang merekatkan struktur badan menjadi satu. (www.myhealth)

Satu pertiga daripada tubuh badan kita adalah kolagen.

Selama ini saya mengajar orang lain tentang kolagen yang berada dalam dermis kulit. Baru sekarang saya mendapat kesedaran yang kolagen ini berada di seluruh tubuh kita.

Bagaimana kolagen terbentuk dalam tubuh kita?

Dalam lapisan  kulit terdapat sejumlah sel khusus yang menghasilkan molekul halus yang dikenali sebagai pro-kolagen. Molekul ini terbentuk dari vitamin C dan protein yang telah diserap oleh tubuh. Dalam proses penghasilan, pro-kolagen ini menempel ke atas satu sama lain dan membentuk fibril.

Fibril adalah gentian nipis yang tersusun dari mineral dan vitamin dengan membentuk seakan bebenang hellosehat.com  

Fibril terhasil dan berkembang dengan banyaknya, berubah menjadi serat yang menempel pada sel kulit seperti pengunci. Selepas serat ini terbentuk dan menempel, fibril menjadi kuat sehingga dapat menjaga struktur kulit dan menjadikan kulit mudah lentur.

Kulit yang cukup kolagen adalah kulit yang lentur dan tegang.

Kajian mengenalpasti terdapat 28 jenis kolagen. Kolagen Jenis 1 adalah jenis yang terbesar dalam tubuh manusia. Ia merangkumi 90% kolagen dalam tubuh manusia.

Terdapat 5 jenis kolagen yang terpenting untuk kita ketahui namun saya senaraikan 3 jenis ini untuk pengetahuan anda:-

  1. Jenis 1 adalah kolagen yang berada dalam kulit, tulang, tulang rawan, gigi dan beberapa tisu penghubung.
  2. Jenis 2 adalah kolagen yang berada pada tulang rawan dan mata.
  3. Jenis 3 adalah kolagen yang berada pada kulit, otot dan pembuluh darah.

Kolagen terdiri dari 3 jenis asid amino iaitu glycine, proline dan hydroxyproline.

Kolagen memainkan peranan penting dalam proses pada peringkat sel seperti

  1. merawat tisu
  2. tindakbalas sistem ketahanan diri
  3. komunikasi pada peringkat sel
  4. perpindahan sel iaitu suatu proses penting dalam pengekalan tisu.

Sel tisu  penghubung iaitu fibroblas menghasilkan dan menyimpan kolagen. Apabila usia meningkat, kolagen terlerai dan melemah, jadi fungsi fibroblas terjejas. Penghasilan kolagen pun mula menurun.

Perubahan ini, termasuklah kehilangan elastin, iaitu sejenis lagi protein, menghasilkan kesan penuaan seperti kedutan dan kekenduran pada kulit.

Apabila kolagen menjadi lemah dan jumlahnya berkurang, kulit yang licin dan tegang akan mula berkedut, tendon menjadi lebih keras otot menjadi lemah, sendi berasa sakit. Didapati kekurangan kolagen juga menyebabkan kekuatan tulang menurun.

Antara perosak kolagen kita adalah radikal bebas. Persekitaran yang tercemar, sinar UV, gaya hidup tidak sihat, merokok, pemakanan yang mengandungi gula putih dan refined carbohydrates (karbohidrat yang diproses) adalah antara radikal bebas, mencepatkan lagi kerosakan kepada kolagen.

Kajian mendapati rokok, samada anda perokok ataupun anda 2nd-hand smoker (tinggal serumah dengan perokok) akan mengalami kerosakan pada kolagen dengan lebih pantas. Kesan merokok dapat dilihat sekitar mulut (lebih banyak kedutan muncul keliling mulut dan bbir menipis.)

Kolagen memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Untuk kecantikan kulit, didapati pengambilan kolagen sebanyak sekurang-kurangnya 6 gram sehari dapat meningkatkan hidrasi kulit, keanjalan dan ketebalan kolagen bawah kulit.

Tubuh kita menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kita membekalkan kolagen  kepada tubuh kita menerusi pengambilan makanan tertentu.

Pakar kesihatan menggunakan kolagen serta bahan berasasakan kolagen dalam industri kesihatan dalam merawat luka, melecur dan ulser akibat kencing manis.

Sudah tentu kolagen banyak digunakan dalam industri kecantikan

Bagaimana memilih kolagen yang sesuai?

Kolagen yang terbaik adalah bersumberkan haiwan. Mary Kay menggunakan ikan yang hidup di laut dalam. Jika anda alah kepada ikan, besar kemungkinan kolagen berasaskan ikan kurang sesuai untuk anda. Namun anda dinasihatkan merujuk dulu dengan doktor anda.

Pastikan anda memilih kolagen peptida terhidrolisis bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Ini kerana molekul kolagen peptida terhidrolisis amat halus, saiz molekulnya adalah 3000 Dalton. Apabila anda mengambil Mary Kay Daily Kolagen powder ini,  molekul kolagen peptida itu akan terus ke kulit. Ia tidak perlu dihadam oleh sistem pencernaan manusia,

Jenis kolagen Mary Kay adalah Type 1 iaitu jenis kolagen yang banyak terdapat pada kulit, tulang rawan, pembuluh darah dan tulang.

Kesan gaya hidup masakini terhadap kolagen

Peningkatan usia akan menyebabkan penghasilan kolagen menurun. Kolagen sediada menjadi lemah dan longgar.

Kesan ini menyebabkan kesan penuaan nampak ketara. Kesan ini menjejaskan tubuh badan luar dan dalam.

Merokok dan minuman keras serta makanan dan minuman bergula mencepatkan lagi proses mengurangkan penghasilan kolagen.

Makanan bergula manis dan makanan proses menyebabkan berlakunya penuaan awal menerusi proses yang dinamakan 'glycation.' Glycation dalam bahasa kita ialah melekit. Gula menyebabkan kolagen melekat dan melekit hingga menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Sinar UV turut menjejaskan penghasilan kolagen oleh itu sentiasalah melindungi kulit dengan memakai krim SPF dan berpakaian menutup badan.

Bolehkah saya membekalkan kolagen kepada tubuh badan menerusi pemakanan?

Ya boleh. Pilihkan makanan seperti

  1. Tulang, kulit dan ligamen haiwan termasuklah kulit ayam.
  2. Seafood seperti kulit ikan dan jellyfish.
  3. Produk yang terhasil dari haiwan seperti tulang dan ligamen (contohnya bone broth - sup tulang yang direnih selama berjam-jam).

Banyakkan pengambilan makanan seperti ayam, ikan, kekacang dan telur serta pengambilan sayuran dan buah-buahan bagi mendapatkan vitamin C 

Apakah faedah pengambilan suplimen kolagen?

Review ke atas 19 kajian melibatkan 1125 peserta berumur antara 20 - 70 tahun yang mengambil kolagen terhidrolisis mendapati kulit mereka lebih lembap, lebih anjal dan kedutan yang berkurangan.

Kajian mendapati pengambilan kolagen minimum 5 gram sehari selama 8 minggu menghasilkan kesan yang padu.

Sukatan yang dianjurkan dalam pengambilan Mary Kay Daily Collagen sebanyak 6 gram menepati kajian yang dilakukan di atas.

Apakah isi kandungan dalam Mary Kay Daily Collagen Powder.

Dalam setiap scoop, terdapat

  • 300mg Marine Collagen   - Kolagen bersumberkan hidupan laut iaitu Codfish
  • 60mg Vitamin C. Wanita memerlukan 75mg Vitamin C,  kandungan vitamin C dalam kolagen ini membolehkan kita mengambil tambahan vitamin C dari sumber lain contohnya sayur-sayuran/buah-buahan ataupun suplimen vitamin C bagi mencukupkan keperluan vitamin C.
  • 300mcg Biotin
Pengambilan Mary Kay Daily Collagen Powder setiap hari membantu mengatasi 7 kesan penuaan kepada kulit seperti berikut:-
  1. Kulit yang lebih anjal (elasticity)
  2. Kulit yang lebih lembap (hydrated)
  3. Kulit yang lebih tegang (firm)
  4. Pengurangan kesan kedutan kasar
  5. Tona kulit yang lebih sekata
  6. Kulit yang lebih berseri
  7. Kulit yang tebal (lebih volume)

Apabila anda mengambil kolagen ini sebagai health supplement, anda perlu juga cuba menjalani gaya hidup sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup, mengelakkan perokok, memakai sunscreen setiap hari, dan mengamalkan diet sihat bagi memastikan anda mendapat kesan positif yang maksimum.

excerpt from www.everydayhealth.com

Mary Kay Daily Collagen Powder


Testimoni Mary Kay Daily Collagen Powder ke atas penulis

Berminat mendapatkan analisis kulit secara percuma? Ingin ketahui jenis dan keadaan kulit anda?
Sila klik pada link ini.




Testimoni selepas pengambilan Mary Kay Daily Collagen Powder selama 10 minggu. 

Untuk membelinya secara online, sila klik link kedai saya ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...