Langkau ke kandungan utama

Kolagen Mary Kay bersumberkan ikan laut dalam

Mary Kay Daily Collagen Powder

Bahan utama dalam Mary Kay Daily Collagen Powder adalah Hydrolised Marine Collagen Peptides. Vitamin C dan Biotin (Vitamin B7).

Marine Collagen Peptides diperolehi dari ikan yang hidup di lautan dalam. Ia ditapis sebanyak tiga kali bagi memastikan bekalan ikan bebas logam berat seperti merkuri. Keselamatan amat diutamakan dalam pembikinan serbuk kolagen Mary Kay ini. 

Hanya ikan dewasa digunakan dalam produksi kolagen Mary Kay. Anak-anak ikan yang tertangkap dibebaskan kembali ke dalam laut. Tindakan ini memastikan ikan tidak pupus akibat penangkapan yang tidak terkawal. 

Mengapa ikan digunakan dalam kolagen Mary Kay?

Kajian mendapati kolagen yang bersumberkan ikan terbaik apabila dibandingkan dengan lain-lain haiwan, Kolagen bersumberkan ikan adalah Kolagen Jenis 1 (Collagen Type 1) iaitu kolagen terbanyak dalam tubuh manusia. Kolagen ini adalah protein yang membentuk  kulit, sendi, tisu penghubung, tendon dan ligament. Ia juga memainkan peranan penting dalam memulihkan luka

Hydrolised collagen peptide (peptida kolagen terhidrolisis) mudah diserap oleh badan manusia. 

Kolagen terhidrolisis adalah bahan yang terhasil daripada pemecahan kolagen. Ia melalui proses hidrolisis yang melibatkan penguraian sebatian oleh tindak balas dengan molekul air. Banyak produk yang dipasarkan sebagai makanan tambahan kolagen atau produk kecantikan berasaskan kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis - www.myhealth.gov.my

Formulasi untuk memberikan badan blok binaan nutrisi yang diperlukan untuk menyokong metablisme kulit adalah

(Anggaran per 1 cedok Mary Kay Daily collagen powder)

Vitamin C (asid askorbik) - 60mg (sejenis anti-oksida yang kuat melawan radikal bebas)

Biotin - 300mcg (menyokong pengeluaran asid lemak yang menyuburkan kulit)

Peptida kolagen ikan - 3000mg (molekul halus yang menyerap pantas ke dalam darah)


Untuk setiap 2 cedok, anda mendapat bekalan 120mg Vitamin C, 600mcg Biotin dan 6000mg kolagen, Total kesemua khasiat ini cukup untuk kesihatan harian tubuh badan anda.

Bagi menyediakan bekalan yang mencukupi kepada keperluan tubuh badan anda, ambillah 2 cedok sehari, dan ia selamat diambil sebanyak 4 cedok sehari, 2 pagi dan 2 malam.

Tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 5000mg kolagen setiap hari bagi memastikan kecukupannya dalam badan kita. Anda kehilangan 1% kolagen semulajadi setiap tahun selepas mencapai usia 20 tahun dan selepas melalui fasa menopaus anda kehilangan 30% kolagen.

Mary Kay Daily Collagen powder tidak mengandungi gula, jadi untuk memastikan anda mendapat hasil yang mantap, elakkan membancuh kolagen dengan minuman manis. Gula putih adalah musuh kepada kolagen kita. 

Mengurangkan pemakanan manis adalah bagus untuk kesihatan dan kolagen anda!

Tak sabar mahu mencuba kolagen Mary Kay? jom hubungi saya!

Sila tekan link untuk order direct daripada saya. Ini adalah link kedai online saya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...