Langkau ke kandungan utama

Illuminea Dreams by Mary Kay Eau de Parfum

 


Wangi! Botolnya pun cantik.

Haruman yang mengandungi Orris, salah satu bahan paling rare yang digunakan dalam industri minyak wangi, menjulang level haruman Illuminea Dreams ini. Disuling dari akar sejenis pokok bunga iris berwarna ungu, damar yang diperolehi adalah lebih bernilai daripada emas, bukti betapa tingginya nilai  bahan ini.

Bahan ini telah digunakan sejak abad pertama dalam pembikinan scented oil, setengah tan akar pokok bunga iris yang telah matang diperlukan bagi mendapatkan sekilo orris butter, anda boleh bayangkan betapa lelahnya dan masa yang diambil begitu lama sehingga makan tahun dalam usaha menjadikan impian suatu kenyataan.

Illuminea Dreams by Mary Kay ini edisi istimewa, menampilkan bauan yang membangkitkan perasaan indah keungguan yang tersembunyi dalam hutan tebal yang subur. Halus tetapi teguh, ia memiliki haruman yang menggoda deria anda.

Kandungan perfume

Selain orris, mengandungi bunga freesia pink peppercorn, Jasmine, Lily of the Valley, Sea Salt, White wood.

Tahap bauan

  • Semburan Awal (15 minit pertama): Pink Pepper, Apricot, Fresh Freesia
  • Bauan Selepas itu : Orris Butter, Lily of the Valley, Jasmine
  • Bauan selepas beberapa jam :  Clean Musk, Blonde Woods, Pink Sea Salt


Perfume ini bau bunga yang lembut.

Made in France

50 ml

Selagi stok masih ada.

Boleh tekan link untuk order dengan segera. Ini adalah link kedai online saya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...