Langkau ke kandungan utama

Mary Kay Facial Booster sebagai penggalak serum


Antara sebab seseorang itu sanggup berbelanja lebih untuk ke spa kecantikan adalah kerana produk yang digunakan di sana lebih berkesan, rasa lebih yakin dengan produk yang digunakan, serta produk yang digunakan itu lebih eksklusif. Kebanyakan wanita yang saya kenal jarang ke spa kecantikan sebegini kerana harganya. Bayangkan sekali facial yang memakai produk eksklusif ini akan mengenakan harga yang tinggi sehingga dua tiga ratus sekali facial, kan lebih baik belanjakan jumlah itu untuk DIY skincare yang tahan lebih 2 bulan tapi mendapat kesan yang sama seperti ke spa kecantikan!

Maka saya sangat ingin mencadangkan anda  memakai Booster dari Mary Kay ini. Terdapat 4 pilihan untuk merawat isu yang menjadi masalah kepada kulit anda. 

Booster apakah?

Booster ini adalah produk baru dalam rangkaian produk Mary Kay. Ia sesuai dipakai ke kulit wajah sebelum memakai serum. Fungsi utama Booster adalah menjadikan serum lebih berkesan.

Ia adalah produk penjagaan kulit yang tertumpu kepada kemampuan spesifik sesuatu bahan apabila digunakan pada kadar yang lebih pekat/tinggi. 

Booster mensasarkan kepada sesuatu isu kulit seperti kekeringan, kekusaman, kedutan dan sebagainya. 

Bagaimana booster dipakejkan?

Booster dipakejkan dalam bekas kecil demi memelihara kemurnian kandungannya yang mengandungi bahan aktif, perlu digunakan pada sukatan yang tepat. Dropper yang disediakan memudahkan pengguna memakai sukatan yang tepat. Isi kandungannya ringan dan cair, direka bagi mengatasi isu tertentu pada kulit wajah seperti kekeringan, mencerahkan dan meningkat keserian wajah, mengurangkan garis kasar atau melegakan keradangan kulit. 

Matlamat memakai booster adalah untuk mengelokkan dan menstabilkan skin barrier, meningkatkan dan menstabilkan kelembapan kulit, mengurangkan kesan penuaan pada wajah contohnya kedutan, tompokan gelap, menganjalkan kulit,  meningkatkan keberkesanan serum dan menjadikan kulit lebih berseri.

Bagaimana menggunakan booster?

Anda boleh menggunakan booster sahaja ataupun dipakai bersama-sama dengan serum. Jika anda pilih untuk memakai booster sahaja pakailah booster selepas memakai toner.  Selepas menyapu booster, pakailah pelembab. Kebaikan memakai booster adalah ia dapat meningkatkan kebaikan serum yang anda gunakan.

Apakah yang boleh saya jangkakan selepas menambah booster ke dalam rutin harian penjagaan kulit saya?

Produk ini amat flexible boleh digunakan setiap hari ataupun sebagai bahan untuk merawat masalah kulit.

Jeragat? Tona kulit tak sekata?

Ferulic + Niacinamide Brightener

Kandungannya termasuklah

Glycerin

Niacinamide (Vitamin B3)

Ekstrak Kacang Navy

Ferulic Acid

Vegetable Amino Acids


Kulit kering hingga terasa sakit, pedih, mengelupas? Kulit mudah menjadi kering walaupun sudah memakai pelembap? Kulit menjadi kering walaupun luaran nampak berminyak? Anda perlukan 

HA + Ceramide Hydrator

Kandungannya termasuklah

Glycerin

Sodium Hyaluronate

Ceramide NP

Verbena Officinalis Extract

Tocopherol


Kulit tidak rata, pakai apa pun tak licin, ada masalah pakai bedak tetapi kemasannya tidak licin, kulit kelihatan kusam, ada masalah liang pori kelihatan tersumbat atau kasar? Anda perlukan 

PHA + AHA Resurfacer.

Antara kandungannya

Gluconolactone

Glucolic Acid

Butylene Glycol

Glycerin

Citric Acid

Produk ini mengandungi Poly- dan Alpha-Hydroxy Acid berfungsi mencepatkan pembaharuan permukaan kulit. Pada masa sama, menggelupaskan permukaan kulit agar kulit lebih licin, berseri dan cantik.


Garis kasar dan kedutan nampak ketara pada wajah? Kulit wajah kurang anjal dan tidak pejal? Anda perlukan

C+ Reveratrol Line-Reducer

Antara kandungannya

Vitamin C tulin berkepekatan 10%

Reveratrol

Acetyl Hexapeptide -8


Kesemua booster ini boleh dipakai bersama-sama dengan produk penjagaan kulit harian anda. Ia akan memberikan hasil yang lebih mantap. Secara umumnya setiap booster mengandungi bahan tertentu untuk merawat sesuatu isu yang spesifik pada wajah.


Yang mana satu pilihan anda? Jika tidak pasti, boleh hubungi saya untuk bincang ya!

Untuk mendapatkannya, hubungilah saya di Linktree. Boleh order dengan menekan online 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...