Pernahkah anda terfikir mengapa anda belum lagi mendapat hasil yang best walaupun sudah memakai complete set dalam penjagaan wajah sebagaimana yang sudah disarankan itu? Ya, kita memang tahu penjagaan wajah yang betul itu penting bagi memastikan kesihatan dan kecantikan kulit wajah kekal lama. Cuba pastikan pembersihan kulit setiap pagi dan petang, adakah ia dilaksanakan dengan teliti? APAKAH YANG BERLAKU SEWAKTU KITA TIDUR? Sewaktu kita tidur, kulit merembeskan minyak (sebum) ke permukaan kulit wajah. Sebelum masuk tidur semalam, kita menyapu pelbagai serum dan krim malam ke wajah. Krim malam tidak sesuai dipakai pada hari siang. Selain itu, tangan kita mungkin menyentuh wajah sewaktu kita tidur. Tanpa disedari, kita mungkin telah 'menghantar' bakteria ke wajah. Jadi, atas sebab-sebab ini, wajah perlu dibersihkan dengan teliti pada sebelah pagi. CUCIAN WAJAH Gunalah pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Sebaiknya guna pencuci wajah yang lembut dan tida
Blog Beauty Consultant Bebas Hana