Langkau ke kandungan utama

Rutin pagi penjagaan kulit


Pernahkah anda terfikir mengapa anda belum lagi mendapat hasil yang best walaupun sudah memakai complete set dalam penjagaan wajah sebagaimana yang sudah disarankan itu?

Ya, kita memang tahu penjagaan wajah yang betul itu penting bagi memastikan kesihatan dan kecantikan kulit wajah kekal lama.

Cuba pastikan pembersihan kulit setiap pagi dan petang, adakah ia dilaksanakan dengan teliti?

APAKAH YANG BERLAKU SEWAKTU KITA TIDUR?

Sewaktu kita tidur, kulit merembeskan minyak (sebum) ke permukaan kulit wajah. Sebelum masuk tidur semalam, kita menyapu pelbagai serum dan krim malam ke wajah. Krim malam tidak sesuai dipakai pada hari siang. Selain itu, tangan kita mungkin menyentuh wajah sewaktu kita tidur. Tanpa disedari, kita mungkin telah 'menghantar' bakteria ke wajah.

Jadi, atas sebab-sebab ini, wajah perlu dibersihkan dengan teliti pada sebelah pagi.

CUCIAN WAJAH

Gunalah pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Sebaiknya guna pencuci wajah yang lembut dan tidak menyebabkan kulit berasa kering, terik atau tegang. Untuk bahagian mata, bersihkanlah kulit keliling mata menggunakan Oil Free Eye Makeup Remover.

Terbaik jika anda menggunakan berus untuk memberus wajah ketika mencuci wajah.

PERAPIAN WAJAH

Selepas mencuci wajah, sapukan toner ke wajah. Toner membantu membersihkan saki baki kotoran yang masih melekat selepas cucian. Toner juga membantu menghaluskan pori. Toner membantu membetulkan pH kulit selepas dicuci.

Siang adalah masa di mana anda harus memakai produk yang mempunyai ciri-ciri yang melindungi.

PELEMBAPAN WAJAH

Pertama, pakailah produk yang menghidratkan kulit kerana cuaca panas dan dingin aircond akan 'menghisap' kelembapan kulit. Ini bermakna wajib bagi anda memakai pelembap. Pelembap wajib dipakai samasa anda berkulit berminyak, kering, berminyak, normal atau kombinasi.

PERLINDUNGAN WAJAH

Kedua, pakailah produk yang dapat memberi perlindungan SPF kepada kulit. Sinar UV bukan hanya lahir dari matahari tetapi juga dari gadjet zaman modern yang sudah menjadi mainan kita. Sinar UV ini memudaratkan kulit kita dalam jangkamasa yang panjang. Berilah perlindungan kepada kulit anda dari awal.

Ketiga, berilah perlindungan kulit dari habuk, debu dan asap dengan memakai foundation. Bedak foundation Mary Kay bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga untuk melindungi kulitmu. Sedarkah anda terdapat kotoran halus yang berterbangan dalam udara dan ianya melekat ke kulit manusia? Ini adalah sebab mengapa pori kulit kita mudah tersumbat! Jangan terpedaya kononnya anda hanya duduk di rumah jadi anda terselamat daripada semua ancaman ini. Kerana, rumah anda mengandungi lebih banyak habuk yang anda keluarkan sendiri. Ya...sel kulit mati dari kulit anda dan seluruh penghuni rumah anda.




Tidak pasti dengan jenis kulit anda? Bagaimana memilih produk yang sesuai?

Saya boleh bantu anda.

Semua consultation adalah percuma. 

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...