Langkau ke kandungan utama

Mary Kay Clear Proof Acne System dan Jerawat

Jerawat adalah satu keadaan kulit yang boleh dirawat dan dikawal. Namun jerawat tidak boleh dihentikan selama-lamanya. Jika anda memiliki kulit yang mudah dinaiki jerawat, ini bermakna jerawat akan sering singgah ke wajah anda.

Walau bagaimanapun, jerawat bukan penyakit kulit.

Namun, jerawat tetap dibenci sekalipun ia tidak menyebabkan kematian.

Ia menyebabkan penderita jerawat berasa rendah diri, berasa dirinya hodoh, menjadi punca orang mempersoalkan kebersihan wajah dan sebagainya.

Antara punca terjadinya jerawat:-

1) keturunan
2) sebum berlebihan bawah kulit
3) hormon
4) matahari
5) penggunaan kosmetik yang menyumbat pori
6) pori tersumbat

Selain keturunan dan hormon, masalah jerawat boleh dihindarkan dengan pemakaian produk penjagaan kulit yang sesuai. Anda hanya perlu pergi ke kedai dan mendapatkan produk yang dapat mengawal lebihan minyak, atau dapatkan produk yang khas dicipta untuk kulit yang mudah dijangkiti jerawat.

Produk yang dapat mengatasi masalah jerawat ini biasanya ialah produk yang dapat mengawal lebihan minyak pada kulit. Kulit yang berminyak ini dapat dilihat pada permukaan wajah mereka yang nampak berkilat. Selain itu, mereka memiliki pori wajah yang kasar dan besar.

Orang yang mudah berjerawat dinasihatkan supaya tidak memakai mekap. Ini tidak benar. Anda masih boleh bermekap tapi gunalah mekap yang tidak menyumbat pori. Pada zaman ini, anda sudah boleh mendapatkan mekap yang membantu kulit berminyak nampak matte. Terdapat banyak mekap yang selamat digunakan, tapi sebagai langkah berhati-hati, sila baca label sebelum beli.

Jika anda jenis yang mudah berjerawat, pastikan anda tidak membiarkan wajah anda terdedah pada matahari. Matahari adalah salah satu sebab kulit mudah naik jerawat.

Sekiranya anda ingin merawat jerawat dengan produk kecantikan Mary Kay, anda boleh cuba rangkaian produk Clear Proof yang sudah banyak membantu penderita jerawat setakat ini.

Image result for clearproof
Baca lagi di sini

Anda boleh mendapatkannya daripada saya atau mana-mana beauty consultant Mary Kay, tapi saya dapat memberikan anda nasihat dan memantau langkah-langkah pemakaian produk seiring dengan progress keadaan kulit anda.

Pada masa ini, terdapat diskaun 10% bagi belian set rawatan jerawat Clear Proof ini.

Anda boleh hubungi saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...