Langkau ke kandungan utama

Clear Proof Acne System skincare untuk jerawat


Bagi masalah kulit yang mudah berjerawat, anda memerlukan set penjagaan kulit yang khusus bagi mengatasi beberapa isu berkaitan kulit berminyak, kulit berkilat, pori yang mudah tersumbat, menghaluskan pori, merawat jerawat aktif dan memudarkan parut jerawat serta melicinkan kembali parut jerawat.

Clear Proof Acne System adalah satu sistem rangkaian produk yang dicipta bagi semua masalah yang saya senaraikan di atas.

Fungsi utama set Clear Proof adalah menyingkirkan lebihan minyak, sel kulit mati pada permukaan kulit dan dalam liang pori.

Anda mungkin tidak memerlukan keenam-enam produk ini. Berbincanglah dengan beauty consultant bagi mendapatkan consultation yang tepat.

Antara penyebab jerawat adalah liang pori yang tersumbat lalu memerangkap kotoran. Kulit terus menghasilkan minyak secara semulajadi, pori semakin tersumbat dengan kotoran lalu mengakibatkan jerawat.

Bagi memastikan kulit bebas jerawat, liang pori mestilah bersih dari segala kotoran ini. Dalam hal ini, rangkaian produk Clear Proof mengandungi bahan yang diketahui dapat mengurangkan dan mengatasi masalah jerawat iaitu Asid Salisilik dan Benzoyl Peroxide.

Selain 2 bahan di atas, rangkaian produk ini turut mengandungi tumbuh-tumbuhan seperti Canadian Willowherb, Burdock root dan sea heather yang didapati dapat mengurangkan kemerahan dan bengkak yang disebabkan oleh jerawat.

Secara umumnya, anda memerlukan pencuci muka yang mengandungi asid salisilik bagi membersihkan permukaan yang berminyak dan mengelakkan sel kulit mati dari berlonggok dalam liang pori. Pencuci ini dapat membersihkan segala kekotoran yang wujud pada permukaan wajah anda.
  • Bersihkan kulit 2 kali sehari saja walaupun anda mungkin berasa rimas dengan keadaannya yang berminyak dan berjerawat. Pembersihan kerap akan menyebabkan kulit dehydrated (terdehidrasi).
  • Penjagaan kulit berjerawat perlulah dengan lemah lembut. Cucian muka 2 kali sehari saja, walaupun kulit mungkin rimas dengan minyak dan kilat.
Sapu toner ke wajah selepas cucian setiap kali. Toner yang mengandungi asid salisilik ini membersihkan kulit bersih-bersih, membantu merapikan kulit tanpa menyebabkannya kering serta dapat mengawal kilatan pada permukaan kulit..

Lihat pada keadaan kulit yang berjerawat itu, anda mungkin perlu menyapu serum ke bahagian kulit yang berjerawat itu. Jika jerawat yang tumbuh hanya beberapa biji  maka memadai disapu saja Spot Solution kepadanya. Beauty consultant anda boleh bantu pantau isu ini.

Akhir sekali, sapukan pelembap ke seluruh wajah. Pelembap akan membantu menyeimbangkan kelembapan dan minyak pada kulit yang mudah naik jerawat ini. Pelembap ini mudah menyerap ke kulit dan tidak melekit serta ringan.

Anda disarankan menyapu Deep Cleansing Charcoal Mask 2 hingga 3 kali seminggu. Masker ini akan memastikan kulit anda bersih hingga ke liang pori!

Apabila jerawat bertandang ke kulit anda, anda perlu mengambil tindakan segera seperti berikut:-

1. Bubuh krim jerawat pada jerawat yang berkepala putih (bernanah).
2. Jangan menyentuh atau bermain dengannya.
3. Jerawat yang ranum boleh dipicit dengan jari yang bersih. Gunakan kapas atau tisu bersih ketika memicitnya.


Antara perkara yang tidak boleh dilakukan semasa jerawat sedang aktif ialah

1. Mencuci wajah lebih 2 kali sehari. Cucian kerap akan menyebabkan kulit dehydrated.
2. Jangan berkasar dengan kulit yang berjerawat.
3. Jangan memicit jerawat yang belum bernanah.
4. Kurangkan menyentuh wajah. Ini bagi mengelakkan bakteria.
5. Jangan memakai mekap yang menyumbat pori

Sekiranya anda memiliki kulit yang mudah naik jerawat, anda perlu menyimpan 1 set ClearProof ini. Ia perlu digunakan apabila jerawat mula naik ke wajah.

Set ini merangkumi

1. Cleanser yang dapat membersihkan lebihan minyak atas permukaan kulit.
2. Toner akan membuang lebihan minyak pada permukaan kulit
3. Charcoal Mask untuk menarik keluar kekotoran dari dalam liang pori
4. Krim Jerawat yang mengandungi asid salisilik akan dapat membunuh kuman jerawat
5. Serum Jerawat yang mengandungi asid salisilik akan dapat membuang sel kulit mati, membunuh krim jerawat dan mengurangkan lebihan minyak dari atas permukaan kulit.
6. Pelembap yang melembapkan kulit sambil membuang lebihan minyak dari atas permukaan kulit.

Secara umumnya, set ini sesuai bagi anda yang berkulit jenis normal, kombinasi dan berminyak. Sekiranya anda berkulit kering namun masih mengalami jerawat di wajah, ada beberapa produk dari rangkaian ClearProof ini tidak perlu digunakan. Apa pun anda perlu berbincang dulu dengan beauty consultant anda. Jika anda belum memiliki beauty consultant, saya boleh bantu anda!

Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, hubungilah saya.

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...