Langkau ke kandungan utama

Skincare untuk wanita usia 40 tahun dan ke atas

Timewise Repair adalah satu-satunya rangkaian produk penjagaan wajah bagi mengatasi isu penuaan yang sudah nampak ketara.

Fungsi utamanya adalah merawat kesan penuaan ketara dengan menyingkirkan sel kulit mati, melicinkan kulit, menghidratkan kulit serta mengurangkan kesan garis halus dan kasar.

Penuaan berlaku dengan cepat apabila kita banyak terdedah kepada sinar UV. Sinar UV menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar, warna kulit menjadi lebih gelap, lama-kelaman kulit menjadi kendur kerana berlaku kerosakan pada kolagen dan elastin yang berada dalam dermis kulit.

Penghasilan sel kulit baru berlaku pada kadar yang lebih perlahan.

Kulit menjadi nipis apabila lapisan sel kulit menjadi semakin nipis.

Atas sebab-sebab ini, maka skincare untuk kulit yang sudah menampakkan kesan-kesan penuaan, perlu menukar rangkaian produk biasa kepada rangkaian produk khas untuk kulit matang.

Saya sarankan anda menggunakan produk Mary Kay Timewise Repair.



Sesuai dengan namanya, ia dapat membantu membaiki dan seterusnya mengembalikan keremajaan kulit anda.

Set khas untuk kulit matang ini merangkumi

1. Foaming Cleanser, pembersih wajah yang cukup lembut dan halus, sesuai untuk kulit yang mulai kering, mudah merekah, sensitif dan nipis. Ia membersihkan kotoran pada wajah dengan lembut. Kulit terasa bersih serta-merta.

2. Advance Lifting Serum, serum adalah keperluan wajib bagi kesihatan dan kecantikan kulit wanita. Tanpa serum, kulit akan kelihatan biasa-biasa saja. Serum ini mampu menambah kelembapan pada wajah sehingga 61%, dan fungsi utamanya adalah memampatkan dan memejalkan kawasan rahang. Jika diperhatikan, bahagian rahang pada wanita matang mula lembik dan 'jatuh.' Kesan ini paling ketara pada wanit berumur.

3. Krim Siang dan Krim Malam, kedua-duanya adalah pelembap. Pelembap yang amat pekat dan sangat melembapkan kulit kering. Krim Siang dilengkapi dengan SPF jadi ia dapat melilndungi kulit dari ancaman sinar UV, manakala Krim Malam dilengkapi dengan Retinol iaitu bahan penting dalam menangani isu penuaan.

4. Krim Mata yang sesuai dipakai pada bahagian mata yang 10 kali lebih nipis daripada bahagian lain pada wajah. Ia amat melembapkan, amat halus, amat mudah diserap oleh kulit matang.

5. Bio-Cellulose Mask untuk penghidratan. Ini adalah masker dalam bentuk topeng, hanya pakaikan ke wajah dan relax selama 20 minit, kulit akan kelihatan lembap dan berkilau dengan amat cantik. Amat elok dipakai pada masa-masa kulit anda extra kering. Jadi kulit akan berasa lega.

Untuk skin consultation yang lebih tepat, hubungilah saya ya.

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Untuk order, sila klik di LINK.

Ulasan

  1. Sesuai tak untuk kulit berminyak? Boleh rawat muka berjerawat yg biasa tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah jerawat perlukan skincare yang spesifik. Mula-mula kita cek jenis kulit dulu. Skincare yg ini utk kulit kering, matured skin.

      Padam
  2. Tolong cadangkan Basic skincare untuk umur 47

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...