Langkau ke kandungan utama

Pencuci muka yang melegakan masalah kulit kering dan sensitif



Timewise Repair Volu-Firm Foaming Cleanser

Kulit yang mengalami penuaan mudah menjadi  sensitif, semakin kering dan mengelupas, mudah pedih, mudah berkedut, nampak kusam seolah-olah produk yang digunakan sekarang bagai sudah tidak lagi berkesan.

Inilah yang saya alami ketika usia masuk 45 tahun. 

Ketika itu kulit nampak kurang bermaya walaupun saya tetap menjaga rutin penjagaan wajah harian termasuklah memakai serum. 

Kulit nampak kering dan kedutan makin jelas namun saya percaya kulit saya masih berminyak sehinggalah seseorang menasihati saya menukar formulasi kulit kepada kulit kering. 

Kulit mula beransur menjadi lebih lembap dan kedutan halus dan kasar kurang ketara.

Saya memakai set lengkap Timewise Repair dan menambah penghidrat kulit bagi memastikan kulit saya mendapat cukup lembapan. Penuaan nampak jelas pada wajah. Ada jugalah saya berasa stress.

Sekiranya anda berasa kulit seolah-olah mensabotaj kecantikan anda, saya mencadangkan agar anda menukar formulasi produk penjagaan kulit anda sesegera yang mungkin.

Secara ringkasnya, anda perlukan :-
  1. Pencuci wajah yang lembut dan tidak mengeringkan lagi kulit kering.
  2. Serum yang menghidratkan kulit dari dalam dermis
  3. Pelembap yang mengandungi humektant, yang dapat mengekang kesejatan kelembapan selama 10 hingga 12 jam.
  4. Sun Screen yang dapat melindungi kulit sepanjang hari.
Anda boleh memulakan rejim penjagaan wajah dengan menukar pencuci sekarang kepada Timewise Repair Volu-Firm Foaming Cleanser.

Pencuci berbuih tetapi amat menghidratkan kulit ini mampu membersihkan kulit sambil melembutkan kulit anda. 

Hasilnya pori kelihatan halus. 

Oleh sebab ia cukup lembut, benteng kulit terpelihara daripada kerosakan seperti kekeringan. 

Pencuci ini adalah pencuci kegemaran saya. Ia senang dibilas. Anda hanya perlu pakai sedikit sahaja, cairkan dulu dengan air sebelum menyapu ke wajah. Kulit tidak pedih dan rasa cuciannya amat bersih sekali.

Sel kulit mati yang terhasil setiap hari, berkumpul pada permukaan kulit, perlu disingkirkan. 

Proses penyingkiran sel kulit mati ini menjadi perlahan dengan meningkatnya usia. Kilauan semulajadi kulit yang menjadikan kulit nampak sihat dan muda semakin pudar. 

Formulasi pencuci Volu-Firm Foaming Cleanser yang mewah dapat menyingkirkan kotoran yang menyebabkan kekusaman wajah. Kulit memang nampak bersih dan cerah selepas dicuci.

Buih yang melembapkan kulit ini membersihkan wajah secara tuntas, melembutkan tekstur kulit, menghaluskan pori. Sememangnya pencuci ini direka supaya ia dapat bertindak lembut pada kulit, menguatkan benteng kulit yang semakin melemah. 

Benteng kulit yang kuat membantu kulit menghalang kehilangan kelembapan serta menentang iritansi.

Mahukan kulit selembut pipi bayi? Bertukarlah kepada pencuci Timewise Repair Foaming Cleanser ini!

Pencuci kulit yang hebat ini mengandungi 3 bahan utama iaitu:-
  • Stem cell dari tumbuhan, Gotu Kola (keluarga pegaga).
  • Peptida Biomimetic
  • Penggalak Asid Hyaluronic
Ketiga-tiga bahan ini membantu meningkatkan ketegangan kulit, memadatkan dan memejalkan kulit. 

Hasilnya kulit nampak lebih muda daripada usia sebenar.


Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, anda boleh hubungi saya ya! Atau tekan Link

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

  1. Kenapa sy pakai timewise rwpair ni kulit jd sgt merah, kering, dan mengelupas ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tak nampak soalan ni. First, saya ingin tahu keadaan kulit dan secondly, cara cleanser ini digunakan. Jika kulit mmg jenis sensitif, cleanser ni perlu dicairkan dulu sebelum guna.

      Padam
  2. Boleh explain bgm u pakai tak? Dan sebelum ni kulit you bagaimana keadaannya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips memakai Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask dari Mary Kay

Mary Kay Clearproof Deep Cleansing Charcoal Mask Cara pakai Mary Kay Deep Cleansing Charcoal Mask. 1. Bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Urut dengan jari lembut-lembut. Tips : Pakai masker pada sebelah malam sahaja. 2. Bilas dan lap wajah anda dengan tuala muka yang lembut, lembut-lembut. 3. Sapu dan ratakan masker ke seluruh wajah dan anda bolehlah relax selama 10 - 20 minit. Tidak perlu mencampurkan masker dengan air. Sapu masker sehingga warnanya opaque. Boleh gunakan jari sahaja ataupun menggunakan face mask spatula. Tips : Anda boleh menyapu toner dahulu sebelum meratakan masker ke wajah jika suka. Haruman mint akan menenangkan anda sepanjang waktu memakainya. Kulit berasa dingin dan selesa. 4. Bilas masker hingga bersih menggunakan air suam atau air paip sahaja, gunakan jari lembut-lembut. Anda boleh gunakan Disposable Facial Cloth untuk memudahkan pembersihan masker. Masker ini mudah dibersihkan. Jangan gunakan berus atau berus Skinvigora

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama. Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis. Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah. Sumber: Teach Me Anatomy Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan. Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak. Sumber: Teach Me Anatomy Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj