Setiap produk dalam gambar di atas saling melengkapi satu sama lain.
Fungsi utama rangkaian produk ini adalah untuk meremajakan kembali kulit matang, mengurangkan garis halus, melicinkan kulit dan melindungi kulit dari terus mengalami kerosakan.
***********
Kedutan adalah perkara semulajadi dalam proses penuaan. Ia tidak dapat ditahan namun kesan penuaan dapat dilambatkan. Penggunakan produk anti-penuaan dan banyak lagi prosedur kecantikan dapat membantu.
Faktor dalaman seperti meningkatnya usia, hormon dan genetik, menyumbang hanya 20% dalam proses penuaan.
Faktor luaran seperti pencemaran persekitaran, cuaca, matahari, stres, pemakanan, gaya hidup menyumbang sehingga 80% penyebab penuaan. Berita baiknya adalah, kita mampu melambatkan penuaan akibat faktor luaran ini.
Apabila usia meningkat, kulit wajah menjadi semakin nipis dan kering serta kurang elastik. Oleh yang demikian, kulit menjadi mudah sensitif, tompok gelap mula naik ke wajah, liang pori semakin ketara, tona wajah menjadi lebih gelap berbanding ketika kulit muda dahulu. Kedut halus dan kasar mula singgah dan tinggal tetap atas permukaan wajah. Rahang wajah mula gelebeh dan dagu semakin panjang dan nipis. Seluruh wajah nampak jatuh akibat pengenduran kulit.
Secara umumnya, kulit nipis dan kering memerlukan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyingkirkan selapisan minyak semulajadi pada kulit. Selepas kulit dicuci, ia perlu dilap dengan tuala lembut, tekap tuala ke wajah lembut-lembut.
Aturcara memakai produk TimeWise Repair
Aturcara memakai produk TimeWise Repair
Pencuci wajah yang sesuai untuk keadaan kulit yang mula menipis, sensitif, kering dan kurang elastik ini adalah TimeWise Repair Foaming Cleanser, pencuci yang lembut dan berbuih halus, tidak menjejaskan keadaan kulit yang semakin sensitif. Malah, selepas setiap cucian, kulit rasa lembut, licin dan selesa apabila disentuh.
Mary Kay sudah menghasilkan toner yang amat lembut, Moisture Renewing Softener, yang mengandungi Sodium Hyaluronate, sejenis asid yang amat diperlukan kulit. Bawah setiap kulit manusia mengandungi asid semulajadi ini dan ia semakin kurang apabila usia kian meningkat. Sapukan Softener ini setiap kali kulit dicuci kerana ia mampu melembapkan kulit yang mengalami kehilangan kelembapan setiap kali dicuci.
Serum perlu disapu ke wajah dengan lembut, 2 kali sehari, pada waktu pagi dan pada waktu malam. Serum Mary Kay tidak perlu disapu lebih 2 kali sehari. Bahan aktif yang terdapat dalam serum ini sudah cukup bagi menjalankan fungsinya dengan sapuan 2 kali sehari itu. Bagi meningkatkan hidrasi ke kulit sehingga lebih separuh, pakailah TimeWise Repair Lifting Serum, 2 kali sehari. Kulit yang lembap pada bahagian dermis akan mencepatkan kesan positif pada permukaan kulit anda.
Untuk bahagian keliling mata, jangan lupa menyapu krim mata TimeWise Repair ini. Krim mata ini akan melembapkan bahagian kelongsong mata anda. Bagi usia 40an ke atas, bahagian kelongsong mata mudah kering. Jadi anda perlukan krim mata TimeWise Repair ini. Anda hanya perlu dab-dabkannya sekeliling mata. Untuk cucian bahagian mata, samada anda bermekap ataupun tidak, gunalah Mary Kay Oil Free Makeup Remover. Inilah pencuci yang sesuai untuk bahagian mata yang mudah bergaris halus itu!
Akhirilah sapuan wajah dengan pelembap ataupun krim siang / malam, TimeWise Repair Day Cream with SPF 30 (untuk hari siang), Night Treatment with Retinol (untuk malam hari.)
Krim siang yang mengandungi SPF 30 akan dapat melindungi kulit dari dirosakkan oleh UV, manakala krim malam yang mengandungi retinol, membantu membaiki sel kulit yang rosak pada sebelah siang. Retinol merupakan bahan gold standard bagi produk anti-penuaan. Ia mempunyai pelbagai fungsi, antaranya mencerahkan kulit matang yang warnanya semakin gelap, dikatakan dapat juga mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
Untuk bantuan pemilihan produk yang tepat, meh saya bantu anda.
Mary Kay Ind. Beauty Consultant
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan