Langkau ke kandungan utama

Pencuci muka yang melegakan masalah kulit kering dan sensitif



Timewise Repair Volu-Firm Foaming Cleanser

Kulit yang mengalami penuaan mudah menjadi  sensitif, semakin kering dan mengelupas, mudah pedih, mudah berkedut, nampak kusam seolah-olah produk yang digunakan sekarang bagai sudah tidak lagi berkesan.

Inilah yang saya alami ketika usia masuk 45 tahun. 

Ketika itu kulit nampak kurang bermaya walaupun saya tetap menjaga rutin penjagaan wajah harian termasuklah memakai serum. 

Kulit nampak kering dan kedutan makin jelas namun saya percaya kulit saya masih berminyak sehinggalah seseorang menasihati saya menukar formulasi kulit kepada kulit kering. 

Kulit mula beransur menjadi lebih lembap dan kedutan halus dan kasar kurang ketara.

Saya memakai set lengkap Timewise Repair dan menambah penghidrat kulit bagi memastikan kulit saya mendapat cukup lembapan. Penuaan nampak jelas pada wajah. Ada jugalah saya berasa stress.

Sekiranya anda berasa kulit seolah-olah mensabotaj kecantikan anda, saya mencadangkan agar anda menukar formulasi produk penjagaan kulit anda sesegera yang mungkin.

Secara ringkasnya, anda perlukan :-
  1. Pencuci wajah yang lembut dan tidak mengeringkan lagi kulit kering.
  2. Serum yang menghidratkan kulit dari dalam dermis
  3. Pelembap yang mengandungi humektant, yang dapat mengekang kesejatan kelembapan selama 10 hingga 12 jam.
  4. Sun Screen yang dapat melindungi kulit sepanjang hari.
Anda boleh memulakan rejim penjagaan wajah dengan menukar pencuci sekarang kepada Timewise Repair Volu-Firm Foaming Cleanser.

Pencuci berbuih tetapi amat menghidratkan kulit ini mampu membersihkan kulit sambil melembutkan kulit anda. 

Hasilnya pori kelihatan halus. 

Oleh sebab ia cukup lembut, benteng kulit terpelihara daripada kerosakan seperti kekeringan. 

Pencuci ini adalah pencuci kegemaran saya. Ia senang dibilas. Anda hanya perlu pakai sedikit sahaja, cairkan dulu dengan air sebelum menyapu ke wajah. Kulit tidak pedih dan rasa cuciannya amat bersih sekali.

Sel kulit mati yang terhasil setiap hari, berkumpul pada permukaan kulit, perlu disingkirkan. 

Proses penyingkiran sel kulit mati ini menjadi perlahan dengan meningkatnya usia. Kilauan semulajadi kulit yang menjadikan kulit nampak sihat dan muda semakin pudar. 

Formulasi pencuci Volu-Firm Foaming Cleanser yang mewah dapat menyingkirkan kotoran yang menyebabkan kekusaman wajah. Kulit memang nampak bersih dan cerah selepas dicuci.

Buih yang melembapkan kulit ini membersihkan wajah secara tuntas, melembutkan tekstur kulit, menghaluskan pori. Sememangnya pencuci ini direka supaya ia dapat bertindak lembut pada kulit, menguatkan benteng kulit yang semakin melemah. 

Benteng kulit yang kuat membantu kulit menghalang kehilangan kelembapan serta menentang iritansi.

Mahukan kulit selembut pipi bayi? Bertukarlah kepada pencuci Timewise Repair Foaming Cleanser ini!

Pencuci kulit yang hebat ini mengandungi 3 bahan utama iaitu:-
  • Stem cell dari tumbuhan, Gotu Kola (keluarga pegaga).
  • Peptida Biomimetic
  • Penggalak Asid Hyaluronic
Ketiga-tiga bahan ini membantu meningkatkan ketegangan kulit, memadatkan dan memejalkan kulit. 

Hasilnya kulit nampak lebih muda daripada usia sebenar.


Untuk order atau cuba dulu sebelum beli, anda boleh hubungi saya ya! Atau tekan Link

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant

Ulasan

  1. Kenapa sy pakai timewise rwpair ni kulit jd sgt merah, kering, dan mengelupas ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tak nampak soalan ni. First, saya ingin tahu keadaan kulit dan secondly, cara cleanser ini digunakan. Jika kulit mmg jenis sensitif, cleanser ni perlu dicairkan dulu sebelum guna.

      Padam
  2. Boleh explain bgm u pakai tak? Dan sebelum ni kulit you bagaimana keadaannya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Melancong ke Korea Selatan dan skincare yang saya gunakan

Pada bulan Oktober 2024 lepas, saya berlepas ke Korea Selatan makan angin. Itu adalah pelancongan musim gugur kedua saya. Cuaca yang kering, sejuk, berangin memang mudah menjadikan kulit kering dan dehydrated. Alhamdulillah saya bawa bekal skincare Mary Kay dan mekap Mary Kay saya untuk digunakan sepanjang lawatan 7 hari 6 malam itu. Skincare yang saya gunakan adalah Timewise Miracle Combination to Oily dan Timewise Repair.  Setiap kali mahu berwuduk, saya membersihkan mekap menggunakan Oil Free Make Up Remover untuk membersihkan kelopak mata dan lipstik. Kemudian saya menggunakan Micellar Water untuk membersihkan seluruh wajah. Last, saya gunakan cleanser untuk betul-betul membersihkan muka dan leher. Wow kulit tidak kekeringan, mekap mudah dibersihkan dan yang paling penting, kita tidak perlu menggonyoh kulit muka. Selepas itu, seperti biasa saya memakai toner, serum dan pelembap. Sebelah siangnya, saya memakai sunscreen dan full makeup. Happy sangat kerana skincare Mary Kay ini ...