Langkau ke kandungan utama

Rutin malam penjagaan kulit

Pernahkah anda berfikir mengapa set penjagaan kulit sebelah malam berbeza dengan sebelah siang? Ini adalah kerana berlaku beberapa perkara ini pada sebelah malam:-

  1. Kulit membebaskan enzim detoksifikasi
  2. Pembahagian sel meningkat
  3. Kandungan air dalam sel menjadi rendah akibat kehilangan air transepidermal.
  4. Fungsi benteng perlindungan kulit menjadi rendah jadi kulit lebih mudah menyerap serum.
  5. Pemulihan dan pembaharuan DNA lebih aktif
  6. Tenaga mitokondria (dalam sel kulit) diperbaharui 
Atas sebab-sebab di atas, rutin penjagaan kulit agak berbeza pada waktu malam.

Jadi, pada sebelah petang ke malam, anda digalakkan mencuci wajah dengan lebih teratur kerana anda perlu membersihkan mekap, bekas krim Sun Screen yang dipakai sebelah siang, dan juga kotoran dari sentuhan tangan ke muka sepanjang hari.

1. Pencucian Wajah


Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda, gosokan membulat akan memastikan kotoran pada kulit dapat dibersihkan dengan lebih menyeluruh.


Untuk mekap mata, bibir dan mekap kalis air, bersihkan ianya dengan Mary Kay Oil Free Makeup Remover kerana pencuci mekap ini lebih berkesan. Ia membantu membersihkan kesan mekap tanpa perlu menarik dan menekan kuat pada kulit. Tekanan yang kuat pada kulit akan menyebabkan kulit mudah menjadi lembik.





Skinvigorate Sonic

Terbaik jika anda menggunakan berus wajah bagi membersihkan wajah setiap pagi dan malam. Pastikan berus wajah itu jenis lembut pada kulit. Anda boleh cuba berus Mary Kay
Skinvigorate Sonic.


Sekiranya anda memakai mekap seperti foundation, foundation primer, bedak dan blusher, saya sarankan anda melakukan cucian berganda atau double-cleansing bagi membersihkan mekap tanpa menekan kulit wajah anda. Lakukanlah cucian berganda itu menggunakan Micellar Water yang dapat menarik mekap dan kotoran dengan lembut. Selepas itu, cucilah wajah menggunakan cleanser yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.

2. Pemakaian Eksfoliator (atau Masker)

Selepas mencuci, anda digalakkan memakai masker bagi cucian lebih mendalam. Masker akan dapat menarik keluar kotoran dari dalam liang pori. Pencucian liang pori akan mengelakkan bintik hitam dan putih membiak pada wajah anda.


Pemakaian masker adalah antara 2 hingga 3 kali seminggu. Pakai malam kerana kulit akan berpeluang bekerja memulihkan kulit sepanjang malam. Di Mary Kay, terdapat beberapa jenis eksfoliator yang boleh anda gunakan, disesuaikan mengikut usia anda.

3. Perapian Wajah

Selepas membilas masker dari wajah, sapu toner ke seluruh wajah bagi memastikan kulit anda benar-benar bersih.

Terdapat beberapa kebaikan hasil pemakaian toner ini. Antaranya:-
  1. Menyeimbangkan semula pH kulit anda.
  2. Membersihkan lagi kulit dari saki-baki kotoran
  3. Menghaluskan pori.
  4. Melembapkan kulit sebaik dicuci.
  5. Menyediakan kulit untuk langkah seterusnya dalam rutin penjagaan kulit.
Di Mary Kay terdapat beberapa yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

4. Pemilihan dan pemakaian Serum

Kini anda bersedia untuk menyapu serum ke wajah. Untuk pemilihan serum yang tepat bagi masalah yang ingin anda atasi, rujuklah di sini.


Secara ringkasnya :-

1. Serum untuk menghaluskan liang pori.
2. Serum untuk pencerahan dan hilangkan kusam wajah serta jeragat
3. Serum untuk anti penuaan
4. Serum untuk memudakan kembali kulit anda
5. Serum untuk jerawat

5. Pemakaian Pelembap

Samada kulit anda berminyak, normal, sensitif ataupun kering, kulit anda memerlukan pelembap. Fungsi pelembap selain melembapkan kulit adalah untuk menahan kandungan bawah kulit tidak hilang dalam udara.

6. Pemakaian Pelembap Mata (Krim Mata)

Bahagian keliling mata adalah kawasan paling nipis pada wajah anda. Krim mata adalah pelembap mata. Kesan penuaan seperti garis halus dan kasar paling mudah terbentuk di kawasan ini. Sapulah pelembap mata pagi dan malam.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi saya ya!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...