Langkau ke kandungan utama

Black Sheet Mask mengandungi Black Pearl dan arang Binchotan

Lumivie Black Sheet Mask


Fungsi utama masker topeng berprestasi tinggi ini adalah bagi membangkitkan keanjalan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan meningkat kilauan wajah dari dalam.

Pemakaian yang konsisten akan membantu mempercepatkan proses memudarkan jeragat pada wajah anda.

Adakah anda perasan, watak pelakon dalam drama Korea gemar memakai topeng masker bila mana mereka mahu menghadiri sesuatu majlis istimewa, baik lelaki mahupun wanita?

Ternyata topeng masker ini sememangnya mengandungi khasiat yang bagus untuk kulit. Ia adalah quick pick-me-up item, ataupun satu benda yang dapat memberikan hasil positif dalam tempoh yang pantas.

Dan di Mary Kay, anda boleh memakai topeng Black Sheet Mask ini, dan ia akan dapat memberikan kesan glowing yang cantik luar biasa selepas memakainya! Jika anda kesuntukan masa untuk bersiap ke majlis, hanya tepek masker ini selama 20 minit sebelum bersiap. Dan hasilnya pasti membuatkan wajah anda paling wow.

Untuk mengekalkan keserian wajah, anda cuma perlu memakainya selama 20 minit, 2 kali seminggu.

Masker berasaskan Mutiara hitam dari Lautan Tahiti dan Arang Binchotan yang dihasilkan dari kayu oak ubame hanya wujud di Wakayama, Jepun dicampurkan ke dalam produk istimewa ini.


Ingat tu, anda hanya perlu memakai masker ini 2 kali seminggu sahaja bagi melihat hasilnya yang awesome itu.
LumiVie Black Sheet Mask

Pemakaian masker Black Sheet Mask selama 20 minit ini memberikan anda suatu perasaan dibelai di spa mewah. 

Bagi melengkapkan perasaan seolah-olah dibelai itu, saya syorkan anda menyediakan tempat baring yang selesa, pasangkan muzik yang menenangkan, pasang alarm 30 minit maksimum, pasang lampu tidur yang dimalapkan, sembur bilik dengan haruman kegemaran anda, pasang aircond atau kipas supaya anda tidak kepanasan, pakai pakaian yang selesa dan anda relex sepanjang tempoh memakai Black Sheet Mask ini.


Bayangkan anda sedang berada di spa mewah berbayar RM200!

Tekstur masker ini selembut sutera, ia melekap pada contour wajah anda. Ia bukan tekstur kertas yang hanya terletak atas muka. Keadaannya yang dapat melekap pada contour wajah dapat memastikan setiap titisan serum dapat meresap masuk ke kulit. Demikianlah istimewanya masker ini. Bau arang pada masker ini bukanlah bau yang tidak menyenangkan malah ia seakan-akan membawa kita ke alam semulajadi.

Selepas 20 - 30 minit itu, tanggalkan saja masker itu dari wajah dan buang.

Cecair yang masih berada pada wajah anda, itu adalah serum yang amat berkhasiat untuk kulit, urutkannya perlahan-lahan ke wajah, gunakan hujung jari saja, dan selepas wajah agak kering, sapukan pelembap wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. 

Wajah anda kini sarat dengan kebaikan serum dan pelembap yang disapu ke wajah membantu 'seal' serum dari tersejat dalam udara.

Masker topeng ini dapat memberikan kesan glowing pada wajah dengan serta-merta. Dan kesan ini akan kelihatan pada wajah selama 24 jam selepas memakainya. 

Sekiranya anda akan ke majlis penting keesokan harinya, maka bersedialah dari malam ini dengan memakai masker ini ya! Itu sedikit tips daripada saya.

Kebaikan masker ini.

Pertama, pada sekeping masker ini terkandung nilai sebotol serum dan apabila anda memakai masker ini, bayangkan anda sedang memasukkan sebotol serum ke wajah. Sudah tentu kulit kelihatan bersinar selepas memakai Black Sheet Mask selama 20 minit ini.

Oleh kerana kulit sentiasa diserang oleh sinar UV yang merosakkan warna dan tona kulit, sebaiknya pemakaian Black Sheet Mask ini diteruskan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kedua, kandungan khas dalam Black Sheet Mask ini, iaitu Mutiara hitam dari Lautan Tahiti dan Arang Binchotan dari Jepun mempunyai fungsi khas yang tertentu. 

Mutiara mengandungi  kalsium karbonat, kalsium oksida, kalsium phosphate, kalsium sulfat dan magnesium, copper, manganese, iodine, phosphorus, strontium, sodium, lead, potasium dan elemen lain serta berbelas jenis asid amino.

Hasil kajian menunjukkan mutiara hitam ini dapat memberi kesan positif dalam membantu melindungi kulit dan mencerahkan tona kulit.

Selain itu, Mutiara hitam meningkatkan tenaga kulit, mencergaskan aktiviti sel kulit dan menguatkan daya ketahanan kulit.

Sejarah 4,000 tahun penggunaan mutiara sudah wujud dalam masyarakat diraja Cina. Mutiara digunakan secara meluas dalam penyediaan perubatan Cina dan kecantikan

Arang Binchotan ini menghasilkan abu berwarna putih apabila dibakar mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tiada tandingnya di dunia ini! Arang Binchotan yang amat bernilai dan tinggi harganya ini digunakan secara meluas dalam memurnikan air minuman dan masakan Jepun, kini teknologi sama digunakan juga di kebanyakan tempat di dunia.

Fungsi Utama Mutiara hitam ini adalah untuk melindungi kulit, mencerahkan tona kulit dan meningkatkan tenaga kepada sel kulit.

Hasil ujian makmal mendapati setiap helaian masker ini dapat menyerap air sehingga 700 kali ganda beratnya. Jadi, tidak hairanlah sekiranya si pemakai masker akan mendapati kulitnya terasa dan kelihatan lembap setiap kali memakai masker ini!

Masker hitam ini tidak menyumbat liang pori, amat lembut pada semua jenis kulit termasuklah kulit sensitive. Dan sudah tentu produk Mary Kay sudah diuji oleh pakar dermatologi.

Sudah tentu kulit akan terasa lebih lembut, nyaman dan halus pada sentuhan! Suami anda pasti akan terkejut gembira.

Antara hasil yang diperolehi selepas diuji ke atas beberapa wanita Asia, didapati

1. Kulit kelihatan lebih bersinar
2. Kulit lebih lembut
3. Kulit kelihatan lebih bertenaga
4. Kulit lebih cerah dan kelihatan bersih
5. Parut dan cela kelihatan samar
6. Kulit kelihatan cerah dari dalam
7.Kulit kelihatan lebih segar dan berembun (Nampak basah)
8. Kulit kelihatan lebih bermaya
9. Keseluruhannya kulit kelihatan lebih elok.

Jom cuba sekotak hari ini juga. Anda boleh order sendiri, dengan menekan LINK

Baca lagi tentang jeragat dan bahaya sinar UV di sini.
Baca lagi tentang Black Sheet Mask di sini.
Baca lagi tentang pencuci muka, pelembap, serum, toner LumiVie di sini.


Atau anda boleh hubungi saya untuk berbual-bual dahulu.

Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Koleksi Berus Mekap Mary Kay

Untuk mendapatkan hasil mekap yang mantap, anda perlu menggunakan berus yang berkualiti tinggi. Berus mekap Mary Kay yng terbaru ini adalah hasil kolaborasi 2 jurumekap Mary Kay Global Makeup Artist, Luis Casco dengan Keiko Takagi, Japanese makeup artist kini menetap di New York. Berus buatan tangan ini amat berkualiti, diperbuat daripada bulu sintetik bermutu tinggi. Koleksi berus ini mengandungi 5 batang berus pelbagai guna dan mudah dibawa travel kerana ia tersedia dengan begnya. Jadi berus anda tidak akan mudah tercicir, sentiasa bersih dari habuk. Bentuk berus ini direka bagi memudahkan anda mencipta sebarang penggayaan mekap dengan yakin. Setiap berus ini dicipta bagi memudahkan mekap diratakan dan disebatikan. Bulu sintetik ini sesuai digunakan pada  mekap jenis cecair, berkrim ataupun serbuk. Dalam set berus yang berharga RM225 ini, anda akan memiliki 1 berus bedak "all-over powder" 1 berus blusher 1 berus eye shadow 1 berus eye smudger ...

Retinol untuk wajah lebih halus, mulus, cerah, sekata dan tiada jerawat.

Retinol dianggap gold standard dalam skincare bagi mengatasi isu penuaan kulit baik lelaki mahupun untuk wanita. Terutamanya untuk wanita. Berkesan dalam menangani semua kesan penuaan pada kulit seperti:- 1. Pengenduran kulit sehingga kulit nampak jatuh dan kendur serta kekuningan (sallow) 2. Melicinkan kedutan kasar pada kulit; 3. Memudarkan jeragat; 4. Menghaluskan liang pori; 5. Memudarkan parut jerawat; 6. Kulit menjadi licin, halus dan lebih cerah. Sebelum saya cerita lebih lagi tentang Retinol, saya ingin kongsikan dahulu keadaan kulit saya selama ini. Keadaan kulit sebelum ini (Sebelum Retinol) Kulit saya mengalami kesan penuaan ketara atas faktor usia. Jeragat agak jelas, kedutan nasolabial dan marionette lines pada kulit wajah saya agak ketara. Selain itu, kulit dan pori kelihatan kasar. Selepas 3 bulan konsisten memakai Retinol serta serum, kulit saya semakin tegang, kedutan kasar menjadi kurang ketara, jeragat semakin pudar dan saya menjadi wanita yang happy dengan kulit waj...