Langkau ke kandungan utama

Mary Kay TimeWise Repair untuk 35 tahun ke atas


Rangkaian produk TimeWise Repair adalah set eksklusif untuk kulit matang yang kering, sensitif dan kesan penuaan yang ketara seperti kedut kasar, garis halus, pengenduran, tompok gelap.

Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit, menjadikan kulit sensitif kurang kesensitifannya, melicinkan kulit kasar akibat kering, mengurangkan kesan kedut kasar dan memejalkan kulit yang sudah mula mengendur dan jatuh.


Skincare untuk wanita yang sudah berusia 35 tahun dan ke atas berbeza dengan wanita yang berusia 23 tahun.

Keadaan kulit wanita 35 tahun sudah berubah dari sudut dalaman dan luaran.

Oleh itu, produk yang dulunya sesuai semasa anda berusia 20an, mungkin tidak lagi sesuai apabila usia anda masuk 35.

Pada usia 35 tahun, banyak kedut halus mula wujud pada kulit. Penghasilan kolagen dan elastin mula berkurang, Kulit yang dulunya berminyak, berubah menjadi normal dan dehydrated. Kulit yang dulunya normal, menjadi kering. Kulit yang kering menjadi semakin kering melampau dan dehydrated.

Banyak kesan kedut dan tompok gelap mula muncul pada permukaan kulit.

Kulit juga mungkin menjadi semakin sensitif jadi penjagaan kulit perlu lebih lembut, lebih berkesan.

Penggunaan serum sudah menjadi satu keperluan wajib. Serum yang dipilih haruslah sesuai dengan skin goal anda. Mana mungkin ada satu serum yang dapat memuaskan kesemua kemahuan anda berkaitan kulit anda!

Pemilihan serum untuk memejalkan kembali kawasan kulit yang mula jatuh perlulah tepat. Kulit wajah mula nampak kendur dan nipis jika anda tidak menggunakan serum yang khas.

Pembersih muka - anda kini terpaksa menggunakan pembersih wajah yang lembut tetapi berkesan. Dapatkan cleanser yang dicipta khas untuk kulit kering dan sensitif. Fungsi cleanser yang anda perlukan adalah jenis yang membersihkan kotoran dengan lembut, cukup lembut sehingga ia tidak mencederakan kulit wajah. Kulit wajah bagi anda yang sudah meningkat usia mudah luka dan merekah. Jadi pilihlah cleanser yang betul-betul lembut dan melembapkan kulit wajah.

Toner - elakkan dari menggunakan toner yang mengeringkan wajah. Dapatkan toner yang memelihara kelembapan wajah. Fungsi toner yang anda perlukan apabila usia sudah meningkat adalah toner yang melembapkan kulit wajah.

Eksfoliator (exfoliator) - Anda perlu menyental sel kulit mati yang kini banyak bertapak pada kulit wajah. Exfoliator yang sesuai adalah jenis chemical. Contoh terbaik adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid glikolik.Asid glikolik akan mencairkan sebum yang menjadi pelekat kepada sel kulit mati. Lama-kelamaan, sel kulit mati itu akan tercerai dan gugur dari kulit wajah. Maka kulit yang bersih, cerah dan berseri akan terhasil. Ia juga membantu penghasilan kolagen supaya kulit kelihatan tegang dan anjal. Anda boleh menggunakan  Revealing Radiance Facial Peel daripada Mary Kay, yang mengandungi Asid Glikolik ini bagi mendapatkan kulit cerah dan berseri itu!

Kulit wanita 35 tahun ke atas mudah kehilangan kelembapan jadi anda perlu rajin menggunakan masker yang melembapkan wajah. Mary Kay mempunyai 2 jenis masker. Pertama, Moisture Renewing Gel Mask yang boleh dipakaikan ke wajah sepanjang malam. Kedua, anda boleh gunakan Bio-Cellulose Facial Mask yang perlu dipakai selama 20 minit saja. Kedua-dua jenis mask ini membantu menambah penghidratan ke kulit.

Serum adalah kemestian bagi anda pada usia ini. Serum adalah sejenis lotion yang mengandungi bahan aktif dalam melawan kerosakan pada dalaman kulit. Serum yang berkesan adalah jenis yang dapat masuk ke kulit sehingga ke dermis, iaitu lapisan kedua dalam kulit. Serum ini yang membantu menganjalkan kulit dan menambah penghidratan kulit. Kulit yang memiliki sel kulit yang sihat, cukup lembap dari dalam dermis akan menghasilkan rupa kulit yang sihat dan menawan pada permukaan kulit. Segala jenis mekap dan highlighter dalam dunia ini tidak dapat menghasilkan keserian wajah yang sihat dan cukup kelembapannya!

Saya menulis mengenai semua Serum Mary Kay dalam entri yang berasingan. Silalah ke sana untuk bacaan Lanjut  ya.

Pelembap adalah penutup bagi rutin skincare anda. Pastikan pelembap anda adalah jenis untuk kulit kering dan sensitif. Pelembap ini selalunya lebih mewah, pekat dan likat tetapi itulah yang sesuai untuk kulit yang sudah mudah kering. Dapatkan pelembap yang dapat melembapkan wajah selama 12 jam sekurang-kurangnya.

Bagi penjagaan mata, anda boleh ke Sini . Krim mata Timewise Repair Volu-Firm antara krim mata terbaik yang pernah saya cuba. Selama menjaga kulit keliling mata, alhamdulillah saya tiada masalah kembung mata ataupun dark circle.

Tidur yang cukup itu penting tetapi time anda masuk tidur itu lebih penting lagi. Gold standard untuk mendapatkan kebaikan tidur dari segi kesihatan dan kecantikan adalah antara jam 11 malam hingga 2 pagi. Jadi nasihat saya, masuk tidur awal lebih baik.

Bagi masalah kedut dalam yang mula muncul pada wajah, anda boleh ke Sini bagi info lanjut.

Suka info ini? Ingin saya bantu anda menangani isu penuaan? Wasap terus kepada saya ya atau baca lagi di sini tentang produk Mary Kay yang hebat mengatasi isu kecantikan yang melanda wanita usia 35 tahun ke atas!

Hasnah
Mary Kay Ind. Beauty Consultant


Untuk order directly, anda boleh juga tekan Link ini ya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia kulit bersinar, lembut & halus

 Sel kulit berpusing ganti setiap 28 hari. Proses ini semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu eksfoliasi menjadi proses yang bermanfaat dalam rejim penjagaan wajah.  Inginkan kulit yang lebih bersinar? Lakukanlah eksfoliasi   Sel kulit mati yang diternak (jika tidak dieksfoliasi akan menebal atas kulit sehingga hilang sinar semulajadi kulit. Dengan melakukan eksfoliasi menggunakan produk yang tepat, kita tidak lagi perlu ke klinik atau spa kecantikan.  Jimat kos, jimat masa. Sel kulit mati menyebabkan terbentuknya jerawat, kulit kelihatan kusam serta melambatkan penyerapan krim wajah atau serum pada tahap optimum.  Sekiranya anda ingin melakukan sendiri proses eksfoliasi di rumah, saya cadangkan anda beli produk Microdermabrasion Plus set ini. Produk ini selamat dan mudah digunakan. Ianya lembut pada kulit. Produk ini pernah diiktiraf sebagai salah satu produk Top 5 terbaik di dunia, boleh dipakai lebih 10 kali setiap botol. Hasilnya, kuli...

Minyak wangi Mary Kay

Minyak wangi melengkapkan keterampilan kita seperti mana pemakaian baju yang cantik ataupun aksesori mewah. Ia menaikkan perasaan positif kita, memberikan kita keyakinan dan menggembirakan kita. Terasa diri kita lebih istimewa. Secara umumnya, bau sesuatu minyak wangi itu mengandungi satu atau 2 haruman yang meletakkannya dalam  kategori berbeza samada bau bunga, buah ataupun bau alam semulajadi. Lebih terperinci lagi, bau minyak wangi itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu top note, mid note dan base note contohnya bau jasmin, buah apel atau bau musk. Bau bunga atau bunga-bungaan. Bau bunga adalah bauan kegemaran kebanyakan wanita. Namun bauan ini semakin digemari kaum Adam juga. Bau bunga selalunya lebih manis, ada yang berbau kuat dan ada yang berbau ringan, dan ada juga yang berbau sofistikated. Bauan ini dikatakan lebih feminin dan muda. Bunga pilihan bagi minyak wangi ini selalunya bunga mawar, bunga iris, frangipani (bunga kemboja), bunga lili, patchouli (pokok nilam), jas...

Keajaiban Timewise Miracle skincare set untuk usia 20 tahun dan ke atas

Timewise Miracle set skincare yang dapat memberikan keajaiban kepada kulit anda kini kembali lagi.  Lihat perbezaan pada kulit anda seawal 2 minggu pemakaiannya.  Kini hadir dalam 2 formulasi baru, untuk kulit kering/normal serta berminyak/kombinasi, mengandungi bahan Timewise 3D Complex, resveratrol dan vitamin, kesemua bahan yang dapat membantu kulit anda kekal muda. Pendekatan 3 dimensi dalam set penjagaan wajah membantu kulit menahan serangan radikal bebas, melambatkan kesan penuaan pada kulit serta memberikan kesan ajaib pada kulit. Sesuai untuk siapa? Ramuan ajaib dalam set Timewise Miracle ini sesuai digunakan oleh anda dari usia 20 tahun dan ke atas.  Terdapat 5 SKU dalam Timewise Miracle ini iaitu Pencuci wajah untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi serta kering dan normal. Pelembap yang mengandungi anti-oksida untuk kulit jenis berminyak  dan kombinasi serta kering dan normal. Krim mata Daytime Defender SPF 30, iaitu sunscreen yang mengandungi bahan ant...