Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Kenali Kulit Kita: Kulit Kering vs Kulit Dehidrasi

Berikut beberapa fakta tentang dehidrasi dan kekeringan kulit manusia. Kulit manusia memerlukan keseimbangan dalam dua perkara ini - lembapan (minyak) dan hidrasi (air) . Keseimbangan minyak & air memberi kesan licin, berseri dan cantik kepada kulit. Tidak mungkin anda pemilik kulit berminyak dan kering pada masa yang sama . Kulit berminyak bermakna kulit menghasilkan minyak. Kulit kering bermakna kulit tidak menghasilkan minyak. Kulit berminyak mungkin terdehidrasi, kulit berminyak tidak mungkin kekeringan. Proses mengawal tahap kelembapan kulit berlaku di sini . Proses ini memastikan keseimbangan antara simpanan dan kehilangan air dari kulit. Kulit menjadi sensitif apabila ia kering atau terdehidrasi.   Bagi mengurangkan kesensitifan kulit, sapu pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Minum TIDAK dapat menghidrasikan kulit. Minum bukan cara terbaik dalam usaha melembapkan kulit. Tetapi, minum membantu melancarkan peredaran darah. Kulit kering yang men

Pori Kasar, parut jerawat dan solusinya : Microdermabrasion Plus set dari Mary Kay

Microdermabrasion Plus Set adalah antara produk terunggul yang boleh digunakan di rumah bagi mengatasi masalah pori kasar, parut kawah, bekas jerawat serta membersihkan blackhead & whitehead. Ia sesuai digunakan lelaki dan perempuan, usia 25 tahun ke atas. Sebelum kita cerita lebih lanjut tentang set ini, jom baca sedikit info mengenai liang pori. Apakah pori? Kenali pori. Pori adalah lubang-lubang halus yang terdapat pada permukaan kulit manusia. Terdapat 2 jenis liang pori iaitu pori yang merembeskan sebum (minyak semulajadi dalam kulit) dan pori yang mengeluarkan peluh. Pori yang mengeluarkan minyak ini selalunya lebih kasar pada kulit yang berminyak, lebih halus pada kulit kering. Minyak inilah yang menjadikan kulit kita cantik, lembut dan sihat. Perhatikan orang yang berkulit berminyak. Kulit mereka kelihatan lebih muda, lebih berkilau dan lembut, licin serta tiada kedutan. Seandainya kulit ini tidak dijaga, minyak dan kelembapannya tidak seimbang, maka terjadil

Review Mary Kay TimeWise Repair Lifting Bio-Cellulose Mask

Apakah Lifting Bio-Cellulose Mask itu?  Ia adalah sejenis masker topeng yang diperbuat daripada gentian selulosa-bio, terhasil dari air kelapa.  Fungsi utama Masker jenis ini adalah membantu meningkatkan hidrasi ke kulit selama 24 jam lamanya. Hasil yang akan anda perolehi selepas memakai masker ini selama 20 minit, kulit nampak ternaik dan cekang. Siapa boleh menggunakannya? Bagi anda yang berusia 35 tahun ke atas, amat digalakkan menggunakannya. Namun usia 25 tahun pun boleh menggunakannya untuk mendapatkan faedah aestetik. 25 tahun dan menderita kulit kering? Yes, anda  amat memerlukan Bio Cellulose Mask ini! Dalam kotak ini, terkandung 4 keping masker selulosa-bio, sekotak berharga RM264, sekeping berharga RM66. Wow terasa seperti dibelai di spa mewah. Masker yang diilhamkan dari dunia kecantikan Korea, masker berbentuk topeng ini menjadi kegilaan seluruh dunia. Diperbuat di Taiwan. Dan masker selulosa-bio ini merupakan tambahan istimewa kepada rangkaian Tim

Mary Kay TimeWise Repair bantu kurangkan kedut dan garis halus tanda penuaan

Mary Kay TimeWise Repair adalah rangkaian lengkap penjagaan kulit matang, kering dan sensitif serta kulit yang sudah mengalami kesan penuaan ketara. Setiap produk dalam gambar di atas saling melengkapi satu sama lain. Fungsi utama rangkaian produk ini adalah untuk meremajakan kembali kulit matang, mengurangkan garis halus, melicinkan kulit dan melindungi kulit dari terus mengalami kerosakan. *********** Kedutan adalah perkara semulajadi dalam proses penuaan. Ia tidak dapat ditahan namun kesan penuaan dapat dilambatkan. Penggunakan produk anti-penuaan dan banyak lagi prosedur kecantikan dapat membantu. Faktor dalaman seperti meningkatnya usia, hormon dan genetik, menyumbang hanya 20% dalam proses penuaan. Faktor luaran seperti pencemaran persekitaran, cuaca, matahari, stres, pemakanan, gaya hidup menyumbang sehingga 80% penyebab penuaan. Berita baiknya adalah, kita mampu melambatkan penuaan akibat faktor luaran ini. Apabila usia meningkat, kulit wajah menjadi semaki

Kejadian jerawat dan bagaimana Clear Proof Acne System dari Mary Kay dapat membantu

Clear Proof Acne System dari Mary Kay ini adalah set penjagaan kulit berminyak dan kulit yang mudah berjerawat.  Fungsi utamanya adalah memastikan lebihan minyak pada permukaan kulit dan sel kulit mati dapat disingkirkan dengan lebih berkesan. Kulit berminyak mudah memerangkap sel kulit mati dalam liang porinya, jadi pencuci muka Clear Proof yang mengandungi 2% asid salisilik dapat menyingkirkan sel kulit mati supaya kulit kekal bersih dan jerawat dapat dielakkan. Bagaimana jerawat terjadi? Sebum (minyak) bawah kulit bercampur dengan sel kulit mati, habuk dan kotoran yang terperangkap dalam liang pori. Jerawat remaja selalunya diakibatkan oleh hormon yang belum stabil. Jadi, jerawat remaja sukar dikawal. Bagaimana pula dengan orang dewasa yang tiba-tiba naik jerawat? Jawapan yang pasti belum lagi dikenalpasti. Secara umumnya jerawat terjadi disebabkan oleh minyak, bakteria pada kulit, sel kulit mati yang menyumbat pori dan keradangan kulit. Hormon yang tidak sta