Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Clear Proof Acne System skincare untuk jerawat

Bagi masalah kulit yang mudah berjerawat, anda memerlukan set penjagaan kulit yang khusus bagi mengatasi beberapa isu berkaitan kulit berminyak, kulit berkilat, pori yang mudah tersumbat, menghaluskan pori, merawat jerawat aktif dan memudarkan parut jerawat serta melicinkan kembali parut jerawat. Clear Proof Acne System adalah satu sistem rangkaian produk yang dicipta bagi semua masalah yang saya senaraikan di atas. Fungsi utama set Clear Proof adalah menyingkirkan lebihan minyak, sel kulit mati pada permukaan kulit dan dalam liang pori. Anda mungkin tidak memerlukan keenam-enam produk ini. Berbincanglah dengan beauty consultant bagi mendapatkan consultation yang tepat. Antara penyebab jerawat adalah liang pori yang tersumbat lalu memerangkap kotoran. Kulit terus menghasilkan minyak secara semulajadi, pori semakin tersumbat dengan kotoran lalu mengakibatkan jerawat. Bagi memastikan kulit bebas jerawat, liang pori mestilah bersih dari segala kotoran ini. Dalam hal i

Mary Kay TimeWise Repair untuk 35 tahun ke atas

Rangkaian produk TimeWise Repair adalah set eksklusif untuk kulit matang yang kering, sensitif dan kesan penuaan yang ketara seperti kedut kasar, garis halus, pengenduran, tompok gelap. Fungsi utamanya adalah untuk melembapkan kulit, menjadikan kulit sensitif kurang kesensitifannya, melicinkan kulit kasar akibat kering, mengurangkan kesan kedut kasar dan memejalkan kulit yang sudah mula mengendur dan jatuh. Skincare untuk wanita yang sudah berusia 35 tahun dan ke atas berbeza dengan wanita yang berusia 23 tahun. Keadaan kulit wanita 35 tahun sudah berubah dari sudut dalaman dan luaran. Oleh itu, produk yang dulunya sesuai semasa anda berusia 20an, mungkin tidak lagi sesuai apabila usia anda masuk 35. Pada usia 35 tahun, banyak kedut halus mula wujud pada kulit. Penghasilan kolagen dan elastin mula berkurang, Kulit yang dulunya berminyak, berubah menjadi normal dan dehydrated. Kulit yang dulunya normal, menjadi kering. Kulit yang kering menjadi semakin kering melampa

Botanical Effects skincare berasaskan tumbuh-tumbuhan sesuai untuk semua golongan usia.

Botanical Effects adalah rangkaian produk penjagaan kulit wajah yang asas, sesuai untuk 18 tahun ke 70 tahun.  Fungsi utamanya adalah untuk membersihkan dan melembapkan kulit. Set penjagaan kulit remaja dari Mary Kay sesuai dipakai remaja kerana mengandungi bahan yang lembut, sesuai dengan keadaan kulit remaja yang sihat, segar dan sarat dengan hormon aktif. Sel kulit baru menggantikan sel kulit mati setiap 28 hari dengan efisien. Hanya 4 langkah mudah, sudah memadai bagi si remaja! Set yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti Milk Thistle dan Luo Han Guo ini kaya dengan anti-oksida. Jadi, sel kulit yang terjejas sentiasa dapat dirawat. Kulit anda akan sentiasa kelihatan sihat, segar dan lembap sahaja. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif. Beauty Consultant seperti saya dapat membantu anda memilih set yang tepat, sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda. Ia tiada haruman dan tiada pewarna tiruan jadi kulit sensitif pun dapat menggunakan set

Jeragat dan solusinya

Jeragat terhasil akibat sinar ultra violet UVA dan UVB yang wujud di sekeliling kita dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam, saat matahari timbul sehinggalah matahari tenggelam.  Jeragat terjadi selepas kulit terdedah pada sinar UVA dan UVB bertahun-tahun lamanya. Secara semulajadinya, kulit kita dapat menangkis bahaya matahari.  Namun, seperti juga hal lain, struktur kulit menjadi lemah dan menua, menipis dan rosak. Proses penuaan mula berlaku seawal usia 25 tahun. Pada usia ini, struktur kulit mula terjejas dan warna kulit mula menjadi tidak senada, ditambah dengan sel kulit mati yang tidak tersingkir.  Bagi anda yang inginkan kulit yang bersih, sekata, jernih dan berkilau, anda perlukan set penjagaan yang khas bagi nengatasi isu ini. Cubalah set LumiVie yang berasaskan mutiara hitam dari Tahiti. Mutiara hitam ini berbeza dengan mutiara putih, mengandungi khasiat yang amat baik untuk kulit manusia. Apa itu jeragat?   Jeragat ialah keadaan kulit yang

Panduan menangani penuaan kulit

80% faktor penuaan kulit datangnya dari anasir luar, manakala hanya 20% sahaja faktor penuaan datang dari dalam atau berlaku secara semulajadi. Ini bermakna kita dapat mengawal kebanyakan sebab berlakunya proses penuaan itu. Dan kita boleh melambatkan penuaan ini. Mari kita lihat diagram ini. Matahari, rokok, suhu, pemakanan, stres, kurang tidur, pencemaran udara adalah antara faktor utama yang mencepatkan proses penuaan pda kulit Jom kita kupas satu-satu setiap faktor itu. Matahari . Sinar UV dari matahari adalah musuh utama kulit kita. Sinar UVB menggelapkan warna kulit kita, manakala sinar UVA yang dapat menembusi hingga ke dalam dermis kulit kita, penyebab utama berlakunya kedutan dan jeragat pada kulit. UVA merosakkan serat kolagen dan elastin, dan menggelapkan sel kulit dari dalam. Sinar UVA dan sinar UVB dapat ditepis dari masuk ke dalam kulit dengan pemakaian krim berSPF. Pemakaian krim SPF wajib jika anda mahu melewatkan kesan proses penuaan pada kul

Masker untuk menyingkirkan sel kulit mati pada wajah

Memakai masker adalah antara langkah penting dalam penjagaan kulit. Ini kerana antara fungsi utama masker adalah menyingkirkan sel kulit mati serta segala kotoran yang terperangkap dalam liang pori, dibersihkan secara tuntas dari kulit wajah. Selain membersihkan liang pori dan sisa kotoran selepas cucian, fungsi masker juga adalah membantu serapan produk muka yang seterusnya dengan lebih efektif. Kulit wajah kita memiliki 20 ribu liang roma. Bayangkan betapa banyaknya longgokan kotoran duduk dalam 'gua' yang bernama liang pori itu. Pemilik kulit berminyak dapat menampung lebih banyak kotoran dalam liang roma berbanding pemilik kulit kering. Orang yang berkulit kering memiliki pori yang halus, jadi kotoran tidak mudah masuk. Liang pori ini bersifat elastik, jadi ia boleh mengembang dan mengecil. Lebih kasar liang pori itu, maka lebih banyak kotoran mudah terperangkap di dalamnya. Sebaiknya anda melakukan cucian wajah yang lebih mendalam dengan memakai masker 2 hin

Kenali jenis-jenis masker dan eksfoliator Mary Kay

Masker dan Exfoliator Mary Kay Bilakah kali terakhir anda memanjakan wajah anda? Me-time adalah masa yang anda peruntukkan hanya untuk diri anda. Memakai masker adalah satu cara termudah untuk aktiviti me-time ini. Dan ia amat dilakukan di rumah. Dalam 5 langkah penjagaan wajah, pemakaian masker berada pada kedudukan kedua selepas cucian biasa. Ini bermakna ia amat penting dalam proses penjagaan wajah, namun mungkin ada yang terlepas pandang. Pemakaian masker adalah proses pencucian wajah yang lebih mendalam. Ia berfungsi bagi membersihkan liang pori. Terdapat 20,000 liang pori pada wajah kita. Liang pori adalah lubang halus pada kulit wajah dan ia mempunyai fungsi tertentu. Selain itu, ia adalah tempat paling sesuai mengumpulkan kotoran halus seperti debu dan habuk serta sel kulit mati. Jadi tidak hairanlah seandainya liang pori tersumbat akan meramaikan jerawat pada kulit wajah! Cucian biasa menggunakan pencuci wajah tidak dapat membersihkan hingga ke dalam liang pori. Anda perlu me

Skincare untuk wanita usia 40 tahun dan ke atas

Timewise Repair adalah satu-satunya rangkaian produk penjagaan wajah bagi mengatasi isu penuaan yang sudah nampak ketara. Fungsi utamanya adalah merawat kesan penuaan ketara dengan menyingkirkan sel kulit mati, melicinkan kulit, menghidratkan kulit serta mengurangkan kesan garis halus dan kasar. Penuaan berlaku dengan cepat apabila kita banyak terdedah kepada sinar UV. Sinar UV menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar, warna kulit menjadi lebih gelap, lama-kelaman kulit menjadi kendur kerana berlaku kerosakan pada kolagen dan elastin yang berada dalam dermis kulit. Penghasilan sel kulit baru berlaku pada kadar yang lebih perlahan. Kulit menjadi nipis apabila lapisan sel kulit menjadi semakin nipis. Atas sebab-sebab ini, maka skincare untuk kulit yang sudah menampakkan kesan-kesan penuaan, perlu menukar rangkaian produk biasa kepada rangkaian produk khas untuk kulit matang. Saya sarankan anda menggunakan produk Mary Kay Timewise Repair . Sesuai dengan namany

Mary Kay Clear Proof Acne System dan Jerawat

Jerawat adalah satu keadaan kulit yang boleh dirawat dan dikawal. Namun jerawat tidak boleh dihentikan selama-lamanya. Jika anda memiliki kulit yang mudah dinaiki jerawat, ini bermakna jerawat akan sering singgah ke wajah anda. Walau bagaimanapun, jerawat bukan penyakit kulit. Namun, jerawat tetap dibenci sekalipun ia tidak menyebabkan kematian. Ia menyebabkan penderita jerawat berasa rendah diri, berasa dirinya hodoh, menjadi punca orang mempersoalkan kebersihan wajah dan sebagainya. Antara punca terjadinya jerawat:- 1) keturunan 2) sebum berlebihan bawah kulit 3) hormon 4) matahari 5) penggunaan kosmetik yang menyumbat pori 6) pori tersumbat Selain keturunan dan hormon, masalah jerawat boleh dihindarkan dengan pemakaian produk penjagaan kulit yang sesuai. Anda hanya perlu pergi ke kedai dan mendapatkan produk yang dapat mengawal lebihan minyak, atau dapatkan produk yang khas dicipta untuk kulit yang mudah dijangkiti jerawat. Produk yang dapat mengatasi masalah jera

Kenali Struktur Kulit Wajah yang cantik

Kulit manusia terbahagi kepada 3 lapisan utama. Pertama, lapisan Epidermis. Kedua, lapisan Dermis. Ketiga lapisan Subkutaneus atau disebut juga lapisan hypodermis. Penggantian sel kulit baru berlaku pada lapisan epidermis (sub-layer (sub-lapisan) yang dikenali sebagai Basal Layer). Di sini sel Basal terbentuk, terbahagi dan tertolak ke atas, menjadi sel kulit mati dan tertanggal. Jom baca lagi di bawah. Sumber: Teach Me Anatomy Dalam lapisan Epidermis (lapisan yang terbentuk daripada keratin keras), terdapat beberapa lagi lapisan, dengan lebih tepat lagi, para saintis menamakannya 5 sub-lapisan. Namun perlu juga kita ketahui, ada bahagian-bahagian kulit hanya memiliki 4 sub-lapisan. Ketebalan kulit berbeza mengikut usia, jantina dan perubahan hidrasi. Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kering biasanya lebih nipis berbanding kulit berminyak. Sumber: Teach Me Anatomy Secara kasarnya, lapisan epidermis terbahagi kepada 2 iaitu lapisan