Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Rutin malam penjagaan kulit

Pernahkah anda berfikir mengapa set penjagaan kulit sebelah malam berbeza dengan sebelah siang? Ini adalah kerana berlaku beberapa perkara ini pada sebelah malam:- Kulit membebaskan enzim detoksifikasi Pembahagian sel meningkat Kandungan air dalam sel menjadi rendah akibat kehilangan air transepidermal. Fungsi benteng perlindungan kulit menjadi rendah jadi kulit lebih mudah menyerap serum. Pemulihan dan pembaharuan DNA lebih aktif Tenaga mitokondria (dalam sel kulit) diperbaharui  Atas sebab-sebab di atas, rutin penjagaan kulit agak berbeza pada waktu malam. Jadi, pada sebelah petang ke malam, anda digalakkan mencuci wajah dengan lebih teratur kerana anda perlu membersihkan mekap, bekas krim Sun Screen yang dipakai sebelah siang, dan juga kotoran dari sentuhan tangan ke muka sepanjang hari. 1. Pencucian Wajah Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda, gosokan membulat akan memastikan kotoran pada kulit dapat dibersihkan dengan lebih m

Jenis-jenis Serum Mary Kay

Serum adalah tambahan penting ke dalam rutin penjagaan kulit harian terutama bagi kita yang sudah mencapai usia 25 tahun dan ke atas. Namun, serum boleh ditambah ke dalam rutin penjagaan kulit bagi pengguna muda yang baru berusia 18 tahun. Serum mempunyai tekstur yang cair, halus, dan mudah diserap ke dalam kulit. Oleh sebab molekulnya halus, maka serum dapat tembus hingga ke lapisan dermis kulit kita. Serum mengandungi bahan aktif berkuasa tinggi hingga dapat menentang kesan yang mahu dihilangkan dari permukaan kulit. Pernahkah anda tertanya-tanya fungsi serum yang anda beli, guna dan pakai setiap hari itu? Serum Mary Kay Setiap serum mempunyai fungsi khusus kerana sifat serum itu sendiri, ia direka khas bagi mengatasi satu-satu isu yang mahu diperbaiki. Buat masa ini belum ada 1 botol serum yang dapat mengatasi SEMUA isu kulit. Sebagai contoh, di Mary Kay, terdapat pelbagai jenis serum dan saya akan cuba kupas satu persatu khas untuk pengetahuan anda. Untuk menghidrat

Pencuci muka untuk remaja kulit jenis kombinasi

Khas untuk remaja yang berusia 12 tahun hingga ke usia dewasa, anda boleh memulakan rutin penjagaan kulit sihat dengan menggunakan pencuci wajah ini, Botanical Effects Evolution Cleansing Gel. Adakah pencuci muka ini sesuai digunakan oleh orang dewasa? Sudah tentu. Ia sesuai digunakan jika kulit anda jenis normal dengan sedikit minyak di bahagian tengah muka. Ia mungkin kurang sesuai jika anda berkulit kering. Pencuci wajah dalam bentuk gel ini amat lembut dan sesuai bagi kulit normal, sedikit minyak ataupun jenis kulit yang mudah berminyak di bahagian dahi, hidung dan dagu tetapi kering di bahagian pipi. Buih lembut membersihkan kulit dengan lembut tanpa menyebabkan kulit berasa rengsa selepas cucian. Bahan utama yang menjadikan produk ini begitu bagus dan berkesan semestinyalah kandungan bahan yang terdapat di dalamnya iaitu buah naga dan aloe vera. Kedua-dua bahan ini kaya dengan anti-oksida yang diperlukan bagi mendapatkan kulit yang segar dan sihat. Rangkaian produk Bo

Kulit berminyak? Guna masker untuk housekeep kulit anda!

Masker terbaik untuk kulit berminyak adalah masker yang mempunyai bahan clay atau tanah liat serta charcoal (arang hitam). Tapi, mengapa perlu memakai masker? Memakai masker adalah salah satu langkah penting dalam penjagaan kulit.  Fungsi masker adalah untuk menyingkirkan sel kulit mati dan lebihan minyak yang dihasilkan oleh kulit manusia secara semulajadi. Selain itu, masker berupaya membersihkan liang pori yang mengumpulkan habuk dan asap serta bakteria dalam udara. Pencuci muka hanya dapat membersihkan permukaan kulit saja.. Memakai masker adalah deep cleansing, perlu dilakukan 2 hingga 3 kali seminggu. Terdapat 2 jenis masker Mary Kay yang saya highly recommend untuk anda cuba. Pertama, Deep Cleansing Charcoal Mask dan yang kedua , Botanical Effects Mask Formula 3 . Kedua-dua masker ini adalah jenis lembut dan cara penggunaannya amat mudah. Ambil sedikit sahaja dan lumurkan ke wajah. Hanya ratakannya sahaja, dan bilas dengan air paip 20 minit kemudian. Pastik

Kulit kering tapi berminyak

Kulit kering bagaikan bunga kering Mungkin kulit anda dehydrated. K ulit Terdehidrasi (Dehydrated Skin) Kulit terdehidrasi adalah kulit yang mengandungi kurang lembapan. Ia dikenali sebagai trans-epidermal water loss (TEWL). Kulit jenis ini masih mampu mengadakan aktiviti penghasilan minyak secara normal ataupun secara berlebihan mengakibatkan kulit seakan berminyak. Sekiranya kulit anda masih dapat menghasilkan minyak, masih bercela, tetapi ia nampak kering, itulah tandanya kulit anda terdehidrasi. Kulit terdehidrasi selalunya adalah kulit jenis kombinasi dan berminyak. Seringkali berlaku isu dehidrasi apabila anda menggunakan produk penjagaan kulit yang keras dan mengeringkan kulit anda. Kulit Terdehidrasi boleh berlaku kepada kita yang berkulit normal, kombinasi dan berminyak. Ciri-ciri Kulit Terdehidrasi Kulit terasa ketat dan kedut halus mudah terjadi disebabkan kekurangan kelembapan pada peringkat sel. Berbeza dengan kulit kering yang mana kulit sentiasa rasa

Tips memperbaiki kulit kering dan dehydrated

Apakah Kulit Kering itu? Kulit kering adalah jenis kulit yang tidak mengeluarkan minyak (sebum) yang cukup. Kulit kita memerlukan minyak untuk menyimpan kelembapan. Tanpa minyak, kulit mengalami kekeringan. Ciri kulit kering Pori selalunya bersaiz halus atau sederhana dan tidak ketara. Ini menjadikan kulit nampak licin. Kekurangan sebum bagi kulit kering menyebabkan folikel rambut tidak dapat mengembang sehingga pori nampak terbuka kerana memang minyak yang terhasil amat sedikit berbanding kulit jenis berminyak. Bolehlah dikatakan orang yang berkulit jenis kering beruntung kerana memiliki pori yang halus. Keadaan ini jugalah yang menyebabkan orang yang berkulit kering hampir tiada akne. Orang yang berkulit jenis berminyak pula perlu sentiasa menggunakan produk yang mengandungi retinol bagi memastikan pori sentiasa nampak halus Minyak adalah salah satu sebab kulit bercela. Sekiranya kulit anda jarang ada masalah seperti jerawat, ini adalah tanda kurangnya penghasilan minyak b

Pencuci muka untuk kulit yang mudah dinaiki jerawat

Pencuci muka ini sesuai bagi kuit berminyak dan jenis kulit yang mudah berjerawat. Ia adalah sebahagian daripada keluarga Clear Proof, rejim penjagaan kulit bagi kulit berminyak dan yang mudah dinaiki jerawat. Selalunya kulit yang mudah dinaiki jerawat adalah orang yang berkulit berminyak. Permukaan kulit yang berminyak menjadi satu tempat yang mudah bagi memerangkap habuk, debu dan kotoran. Kotoran yang melekat pada kulit berminyak tidak mudah dibersihkan dengan pencuci muka yang biasa.Jadi bagi mereka memang sesuai sangat menggunakan pencuci ini kerana ia berbuih. Baru puas mencuci! Pencuci berbuih dalam bentuk gel ini amat lembut tetapi amat berkuasa kerana ia dapat menyingkirkan lebihan minyak dari permukaan kulit. Saya suka mencuci wajah dengan pencuci muka ini untuk membersihkan mekap. Memang terasa begitu bersih namun kulit tidak terasa kering! Memang best. Terdapat 2% asid salisilik dalam pencuci ini bagi mengelakkan sel kulit mati dari berkumpul di dalam liang po

Pencuci muka Mary Kay

Anda menggemari produk muka yang berasaskan tumbuh-tumbuhan? OK, pakai jer Mary Kay. Dalam entri ini, saya gabungkan kesemua pencuci muka berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk memudahkan bacaan anda. Jadi, jika anda mengalami maslah kulit kering, normal atau berminyak, ataupun kombinasi, teruskan membaca ya. Untuk pemilihan yang tepat, saya boleh bantu consult anda! Adakah anda mengalami masalah kulit kering? Menggunakan pencuci muka yang sesuai, kulit serta-merta terasa segar, lembut dan selesa. Tiada lagi rasa ketat dan rasa tegang. Anda boleh dapatkan pencuci muka khas untuk kulit kering yang selamat digunakan ini daripada saya ya! Jom baca lagi.  Botanical Effects ® Cleanser Formula 1 untuk kulit kering adalah sebahagian daripada rejim penjagaan kulit Botanical Effects. Pencuci muka ini membersihkan wajah dengan lembut tanpa mengeringkan lagi kulit kering. Saya yang mengalami isu kulit kering akibat penuaan, berasa selesa menggunakan pencuci muka ini kerana

Pencuci Muka untuk kulit kusam MelaCEP Plus+ Foaming Cleanser

MelaCEP Plus+ Foaming Cleanser Inginkan pencuci wajah yang lembut tapi kuat bagi menyingkirkan kotoran yang mencemari wajah? Anda perlukan pencuci ini, MelaCep Plus+ Foaming Cleanser. Ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari, mudah dibilas, dan tidak menyebabkan kulit berasa ketat dan tegang. Pencuci yang mengandungi sedikit buih ini amat melembapkan wajah. Tekstur kulit menjadi semakin baik dan sihat dan kulit lebih berseri. Ini adalah salah satu pencuci kegemaran saya! Pencuci yang amat Awesome ini mencerahkan wajah dengan hanya 1 basuhan. Amazing! Jika anda ingin memulihkan warna terang gelap pada wajah ataupun kekusaman, anda perlukan pencuci ini. Sentuhlah wajah anda selepas dicuci, pasti kulit anda berasa lembut dan licin. Kulit berasa amat bersih dan segar sepanjang hari! Pencuci.yang berasaskan bunga edelweiss ini membantu melenyapkan warna kulit yang tidak sekata itu dari peringkat melanin, iaitu dari bawah kulit lagi. Ekstrak rumpai laut yang ditambah ke da

Bedak foundation TW3D sesuai untuk kulit sensitif dan jerawat

Salah satu produk Mary Kay yang pertama, yang mencuri perhatian saya adalah bedak asas, yang dikenali sebagai Liquid Foundation. Sebelum ini, saya lebih biasa menggunakan two-way cake dari Estee Lauder, iaitu bedak buku yang boleh dipakai kering ataupun basah. Walaupun saya menggunakan bedak berjenama, namun mekap saya tidak se-gah mana. Tidak pernah ada yang bertanya, memuji jauh sekali, akan keadaan wajah saya yang berbedak mahal itu. Jadi, apabila saya mengenakan bedak foundation Mary Kay yang harganya tak sampai seratus ringgit, kulit nampak glowing serta berasa seperti tidak memakai mekap, sememangnya saya berasa best sangat.Saya berasa yakin dengan foundation ini kerana ia tidak menyumbat pori dan sesuai untuk kulit sensitif. Apabila saya ketahui bedak foundation Mary Kay ini bukan mekap biasa, malah sebahagian penjagaan kulit juga, saya hampir tidak pernah tidak memakai bedak foundation ini setiap hari selepas menyapu pelembap.  Yang pasti saya sentiasa berasa y

Pencuci muka yang melegakan masalah kulit kering dan sensitif

Timewise Repair Volu-Firm Foaming Cleanser Kulit yang mengalami penuaan mudah menjadi  sensitif, semakin kering dan mengelupas, mudah pedih, mudah berkedut, nampak kusam seolah-olah produk yang digunakan sekarang bagai sudah tidak lagi berkesan. Inilah yang saya alami ketika usia masuk 45 tahun.  Ketika itu kulit nampak kurang bermaya walaupun saya tetap menjaga rutin penjagaan wajah harian termasuklah memakai serum.  Kulit nampak kering dan kedutan makin jelas namun saya percaya kulit saya masih berminyak sehinggalah seseorang menasihati saya menukar formulasi kulit kepada kulit kering.  Kulit mula beransur menjadi lebih lembap dan kedutan halus dan kasar kurang ketara. Saya memakai set lengkap Timewise Repair dan menambah penghidrat kulit bagi memastikan kulit saya mendapat cukup lembapan. Penuaan nampak jelas pada wajah. Ada jugalah saya berasa stress. Sekiranya anda berasa kulit seolah-olah mensabotaj kecantikan anda, saya mencadangkan agar anda menukar formulasi produk p

Pencuci muka Timewise 3D untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak.

Pencuci muka 3D 4 dalam 1 yang baru dilancarkan oleh syarikat jualan langsung Mary Kay memang sangat awesome! Anda mendapat 4 kebaikan sekaligus setiap kali membersihkan wajah anda. Membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit Berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit Mencerahkan warna kulit Cukup lembut dan selamat digunakan 2 kali sehari, pagi dan malam. Jika anda memiliki kulit yang mudah terasa kering setiap kali selepas basuhan, anda patut bertukar kepada pencuci muka yang mewah ini! Ia mengandungi bahan yang sudah diuji berkesan mengatasi kesan penuaan. Antaranya adalah:- Encapsulated resveratrol (resveratrol yang dikapsulkan) Vitamin B3 Peptida anti-penuaan Kesemua bahan di atas menjadikan kulit anda kuat menentang radikal bebas, salah satu penyebab kedut halus dan kasar, diperkaya dengan anti-oksida supaya dapat membetulkan semula sel-sel kulit anda yang terjejas pada sebelah siang. Ini semua adalah kerosakan dalam kulit jadi kit